Thursday, January 24, 2019

1 dunia faham makna "SAYANG"?. Ya ke?

The Big Boss, Mr Shashal dah tak suka dipanggil "Sayang" lagi dah skg...    Maklum la dah remaja, suara pun dah tak kanak2 lagi.   Mama pun beliau dah block kat IG sekian lama sebab malu dengan kawan2 dia kata, Mama suka sakat dia "sayang2" kat komen..  haha.


Padahal majority kawan2 dia bukan faham BM pun.  International students.  Cuma perkataan "sayang" tu, remaja2 sini ramai yg faham apa makna dia.  Kids nowadays kann.


Dalam pada dah "remaja sangat" tu... masih ada yg perlukan pemantauan.   Semalam petang tetiba beliau buat announcement yg kejap lagi pizza yg dia oder akan sampai.  Actually Mama dah masak pun bariyani telur. Ok itu tak ada hal..  mungkin anak2 craving sesuatu yg crunchy2 di cuaca smlm yg hujan.


Yg jadi halnya...   dia oder pizza yg sgt besar!!.


Ini antara yg dioder... ada 1 lg yg kecik sikit, pun dia oder jugak.. lupa snap.   So, sapa yg nak makan byk2 ni?.

Bising kakak2 dia.. sebab selalu dorang oder pun 20 dollar je, ni sampai 50 dollar dah mcm nak buat party kecil2an kat opis plak.

Mama bising jugak sebab takut terbazir,  then suruh je dia masuk peti ais sebahagiannya, esok (bermakna hari ni) boleh panaskan.




Cuaca petang semalam yg redup2 mendamaikan.   Setelah 38 degree di hari sebelumnya, semalam Allah hadiahkan hujan..  19 C.    Alhamdulillah. Bagi orang lain, mungkin tak suka cuaca2 mendung mcm ni kan?.   Ai pulak tertunggu2... apatah lagi kalau munculnya pelangi.

2 comments:

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.