Wednesday, January 16, 2019

Kisah "Tukang Urut" 18sx Di Australia

Suatu petang  jalan2 di sebuah supermarket terkemuka kat Perth ni, tetiba disapa oleh seorang jejaka.  Hubby and anak2 tengah leka shopping area lain di bangunan yang sama.

"Hey Sam... do you remember me?".  Speaking la kan.. sebab beliau bukan org Msia pun.

Mesti la ai ingat beliau, sebab dulu selalu terserempak waktu struggle study dan ai belum nyanyuk lagi.   Seorang Pengarah yang berkaliber dan disegani di tengah2 kota kangaroo ini.  Punya pelbagai syarikat yg hebat2.



Sekadar gambar hiasan.  Tiada kena mengena langsung dgn entri.



Beliau pandang ai atas bawah.. memang la masa tu tgh diserang MOOD KEBAYA lace2, hitam plak tu.  Longgar je kebaya tu pun dan lengkap shawl hitam.  Sebenarnya dlm proses nak pakai semua baju kat gerobok supaya tak terbazir.

Ada ke beliau ingat ai keja massage plak.    
Tak salah jadi tukang urut (kalau sesama pompuan la kot).  Ai pun kalau ada kepakaran mengurut nak je bukak 1 kedai... tapi maksud beliau tu  lain macam bila mana tetiba membongkarkan 1 kisah di bawah ni..


Apakah?.  Jeng jeng jeng.





Perbualan  berlangsung agak panjang tapi ai terpaksa mengundur diri sebab hubby and anak2 dah tunggu. Walaupun mereka merayau di area lain,  kang  ingat dengan sapa lah plak wife dia berbual tu??.


Sebelum ai minta diri.. beliau sempat  berbisik sesuatu yg memeranjatkan.. mengatakan kat sini  ada "orang2 kita" yg buat keja tak senonoh and nak bagi ai link web supaya ai tengok sendiri sbg bukti.


Sekadar gambar hiasan





Ai sejenis yg malas nak bukak phone kalau dah nak cepat pastu malu plak nak tengok mende2 gitu...takut tetiba tergugur jantung terkejut, traumatized..  so ai cakap nanti lah ai Google je kat rumah.  Sampai rumah.. Alhamdulillah lupa plak dgn link yg beliau sebutkan tu.. Hahaha..  


Jika betul gossip2 tersebut..  moga Allah turunkan hidayah buat mereka.   Kita pun tak tau apa masalah mereka.. so takut nak komen.   Kita jaga je lah anak3 sendiri.   

Harap2nya bukan orang2 kita walau pun  rupa bentuk ala asia atau.. boleh jadi beliau tersalah tengok... ahhhhhh anggap je lah mcm tu supaya tak pening plak kepala ni mikir masalah orang.    Masalah sendiri pun dah banyak!.


Akhir kata, moga Allah lindungi anak2 kita dari gejala tak bermoral.   Tengok la tuh... hanya kerana nila setitik, ai yg berkebaya hitam disalah erti plak.   Astagfirllahalazimmm....    Aduh duh duh.   Terus ai simpan jauh2 baju tu.. tak mo pakai lagi dah..



Office Cleaning Services and Solar Panel Installation & maintenance - Click HERE to contact.

Cleaning Services

To provide cleaning services teams in ensuring optimum hygiene and comfort to our clients. This cleaning team currently operates in Johor Bahru which gained more demand.

  

2 comments:

  1. untung akak muat lagi kebaya....saya kalau pakai silap2 boleh jadi keboyak namanya nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. kebaya2 lama semua Akak masih muat lagi.. tapi dah tua2 ni segan plak nak pakai Yan. Semua stok2 baru yg sengaja dibuat longgar.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.