Tuesday, April 30, 2019

Bila suami belikan baju raya anak

Baju ni tak fotogenik agaknya... dalam pic suami kirim masa proses pembelian memang keadaannya kurang menyerlah.   Mungkin faktor pencahayaan.   Hingga Qistina cuba menolak untuk dibelikan. Ain pula.. sebagaimana lazimnya,  tak berapa cerewet soal baju... so dia akur je.


Tapiiiiii......    Pujian harus diberi untuk suami sebab anak2 suka akhirnya bila ianya dah depan mata. 

"Ma... tak sangka lah.  Cantik baju ni bila live..  pandai abah.".    ada riak2 kesal kerana telah mengunder estimatekan abah.  Haha..  Begitu juga Qistina.


Alhamdulillah...  "indah rupa dari khabar." .. tapi biasa la, beli secara PJJ ni  the common problem is to get the accurate size walau kita tahu.. saiz mereka masing2 adalah antara S dan M tapi tang bahu.. selalu lari.   Bila bahu lari.. baju dipakai mestilah macam baju pinjam pulak kan?.




So... malam ni Mama kena betulkan bahagian bahu dlm seinci dan buang padding.





Tahun ni.. kami tak memberikan sebarang paksaan untuk anak3 memilih warna yg kami suka dgn harapan mereka gembira menikmati citarasa masing2.   Nampaknya keduanya sepakat untuk mengenakan purple.


Untuk Mr. Shashal pula. .  belum sampai lagi... sebab oder di negara lain.

6 comments:

  1. Wah.. Abah beli bj kat malaysia ke tu? Oklah juga bila akhirnya dipersetujui ramai tu.
    Untungla korang dapat bj raya awal2 lagi ni. .

    Anak2 memang bijak menyuarakan pendapat kan? Ank saya yang masih kecik pun dh pandai komen, baju mama beli ni warna xcantik la.. Kawan abang pakai kurta xpakai baju melayu la. . Ada je dia nk komplen.. Tapi last pakai jugakla apa yang mama dh beli sb mama xkuasa nak belj lain lagi sb dh setkan mcm tu. Haha. Guna authority kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai Aisy teka. 100 markah.

      Haha.. cute je anak Aisy komplen. Jgn lupa share pic nanti kaler apa Aisy belikan tu agaknya.

      Delete
  2. akak mcm mak sy. xpernah memaksa anak2 untuk pilih kaler apa. mana cantik semua hentam je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sara - sbb anak3 Akak dah besar.. kita pun faham mcm mana perasaan bila terpaksa pakai kaler yg kita tak happy.

      Delete
  3. Kelmarin pergi pesta konvo kat UTM...rambang mata tgk baju raya...last2 beli selai je kain skirt panjang tu. tak beli baju raya pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah Akak dengar2 juga tentang baju2 kat UTM tu.. kwn2 ada yg rajin ke sana tiap tahun.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.