Saturday, June 8, 2019

Kisah Baju Kurung Melekap Di Hari Raya

Describe your first day of eid in one word...

Me?.


"Delicious"


Semua menu potluck yang dihidang di mesjid sedap2 belaka.    Buat ke sekian kalinya tak sempat pegi Malaysia Hall lagi.. sebab ada jemputan open house rumah member lepas balik mesjid tu sampai ke petang.




Mulanya berharap juga berlakunya sebuah keajaiban supaya kat Malaysia sana raya jatuh  pada hari Selasa (so kami boleh follow Msia... hik2) , seterusnya negara2 lain Rabu.. pastu Khamis.    Then.. dengan itu.. boleh lah kami join semua  event hampir setiap hari.   Haha..   Tapi ternyata ianya tak berlaku kerana majoritinya sambut raya pada hari Rabu serentak. 

Raya Aussie Style

Event2 pun banyak kami tak pegi due to tight schedule on the first day.   Qistina pun ada acara raya dengan kawan2 beliau tapi in Aussie style lah.. 

What is Eid Aussie style?.    Pakai baju raya lelawo tapi beramai2 makan kat coffee house sebagai meraikan keriangan raya.   Kami layankan je lah.. sambil menunggu kat kerusi2 luar.

The following day pun macam tu.  Lepas balik exam.. remaja2 sunti tersebut sambung lagi "beraya" kat restoran lain pulak.

Ain pulak... busy dgn assignment.. so busy mengulit lappy.   Hari pertama tu je la raya.

Mr Shashal..  sama juga.  Masuk raya ketiga..  masing2 malas dah nak keluar ke mana2. 



Untuk nota di masa hadapan :

Kemarin baju si Ain tu oder kat sini.. satin.  Ai rasa satin2 yg jenis lembik tu tak sesuai  lah untuk cuaca sini.  Melekap kat badan...   so in future,  untuk winter kena order kain2 keras.  Seeloknya yg ada lining untuk menambah kekebalannya.   Sutera2 pun rasa2nya tak sesuai.. sedangkan cotton kurung ai pun melekap akibat faktor cuaca.

Tapi Qistina punya nampak ok sikit ( beli dengan Kak Jee).. sebab tebal kain dia.  Kita tengok Ahad ni mcm mana dia gayakan ye.  Kalau semuanya melekap jugak.. next year kita oder broked je lah.

Ok itu je nak cerita tentang raya anak3 ai di perantauan.  Sekian.

p/s.     How about yr raya guys?.








8 comments:

  1. Wah.. Ada masalah baju pulak ye.. Perlu difikirkan ni.. Bolehla lepas ni sambuat entry pasal pakaian yg sesuai utk winter di perth.. Kot membantu bagi orang yang nak travel ke perth dimusim winter ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... ha'ah.. kemas jahitan dia padahal tapi sayang betul, salah pilih fabrik..melekap2.. serupa tak berbaju.

      Delete
  2. lepas ni kena pilih hati2... hee

    ReplyDelete
  3. selalu baca kisah orang beraya diperantauan.. kita yang tak pernah merasani kata eh seronokler raya kat obersee.... yerler raya dikampung sekarangpun dah tak rasa macam raya dulu2 masa kita kecik2.. so takder gambar pakai baju rayaler!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cho Zila - Oo dah tak meriah ye kat sana skg?. Saya siap bagitau kwn2 kat sini.. Malaysia raya sebulan dan paling meriah di Asia. Haha..

      Delete
  4. asalkan ada keluarga bersama...raya kat mana mana pun seronok...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.