I mean.. tak beli baju raya (terbaca statement di FB)..
Tapi zaman2 bujang dulu lah..
Mungkin sebab masa tu dah hari2 berbaju
kurung pegi keja.. sutera2..
so.. kira macam dah tak pelik nak berbaju baru..
atau entah kenapa masa tu?.
Nak kata berjimat... tiap kali raya company bagi bonus berganda2.
Tak tau kenapa tak eksited beli baju raya??.
Sebab blom ada pakwe atau apa?.
Saraf2 ingatan belum bersambung utk mengingat.
Haha.. cuma teringat.. ada member ni
nak ajak beraya rumah beliau..
Boleh plak ai cakap..
"Sorry... tak de baju raya lah nak pegi.. ".
😝😝
Agaknya kalau pegi mungkin berjodoh ler pulak.. haha.. tak dapek pulak kawin dengan IRPku yg tercinta lagi kacak di mataku. Ahakz. (dan2 bodek suami.. sebelum beliau terbaca kisah kenangan silamku ini).
tahun ni mood kebaya..
Terinspirasi juga dengan kisah Datin Eina Azman berbaju kurung RM50. 00. Tapi apa nak buat... ku jauh di sini. Mana nak dapat shopping baju murah2 macam tu.
Motif beli baju2 raya pun sebenarnya nak support bisnes kawan2. Thrill dia lain.. Kepuasan tu lain bila beli dengan kawan2 berbanding dengan orang yg tak dikenali. Terasa macam duit tu tak hilang ke mana, tak terbazir... sebab kawan2 juga yg dapat hasilnya. Ha gitchew. Haha... betul kan konsep ai ni?.
ha..betul...jiran belakang rumah ada buka butik online...sakan mengorder kat telegram dia. last2 baju kurung banyak sangat tp jarang pakai. so tak beli baju lagi lah untuk raya..
ReplyDeleteKak Sam pun ada member kat sini jual baju kat rumah dia..
DeleteKita harus support kan Yan... hihi..