Bila ternampak baju floral2 ai ni tetiba teringat permintaan teman blogger yg belum tertunai, Mama Yan.
Bukan beliau mintak baju pun.. sekadar request untuk zoom out gambo DAUN MAPLE jadi besar gedabak je.. sonang bai tu bah.. nanti belanja Ahkak nenas tau Yan (gurau).
(apa kaitan dgn baju plak?. Oh.. kaler dia.. look alike.. haha.. nampak tros teringat daun maple yg coklat2..).
Maka bermula lah episod pengambaran di sebuah lokasi rahsia. Ai tak pasti maple kat sini jenis spesis apa. Btw.. kalau yg kaler merah selalunya jenis Canadian Maple. Tapi yg ai jumpa kali ni coklat2 je..
Maple sebenarnya berjenis2.. ada Japanese Maple, Black Maple.. dan bla bla bla..
Sirap Maple
Sirap Maple yg anda curahkan di atas pan cake, over night oat atau juga scones adalah terhasil dari maple jenis Sugar Maple, Red Maple, Black Maple atau beberapa jenis lain yg tak mampu ai tuliskan di sini.. kang blog ai jadi novel plak. La la la...
Ok done zoom!. Begitu la rupa dia bila telah berguguran. Ia tetap jelita tak dimakan dek usia.. mungkin berkat air wudhu dan rajin berzikir di malam hari, berbakti pada penduduk bumi mencantikkan bumi kangaroo ini atau menjadi tempat burung berteduh dan pelancong selfie welfie. Benda yg baik ramai sayang.. begitu juga insan. Tua pun akan disayangi jika ikhlas dan tak kuat membebel..
Buah dia plak begini.. bulat2..
Menggugurkan daun2 "mereka" merupakan salah satu cara bagi tumbuhan tersebut untuk mempertahankan diri dari perubahan suhu ekstrem... peralihan musim panas dan sejuk..
Ini yg masih hijau.. Oleh kerana ai ni bukan "orang pokok" (tanam rumput pun bleh mati) ai selalu confused antara daun maple dan mulberry.. sebab bentuknya yg seakan2.
Kalau kat Malaysia, daun mulberry dorang goreng crispy2. Begitu juga maple ni pernah juga dengar tapi tak pasti la pulak.. jgn dicuba kalau tak tau.. Kang sakit perut plak..
Ok la.. babai.. ai nak masak lemang (rendang dah siap).. tapi dalam cawan kertas. See you and enjoyszz!.
#rayake10
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.