Hidup akan selalu ditakdirkan agar kita bersemuka dengan apa yang kita takutkan, mahu atau pun tidak, hadaplah apa saja yang telah ditetapkan oleh-Nya dengan penuh keikhlasan dan redha.
Meski harapan semakin tipis, DOA adalah pengubah segala-galanya. Terus yakin dalam berdoa pasti Allah akan kabulkan..
Bila kau mula redho... ketika itu perlahan2 kau akan mula rasa tenang dan wujudnya jalan keluar yg dilorongkan oleh-Nya.
Alhamdulillah.. kini segalanya telah berakhir.. dan ku titipkan semua gambar2 yg penuh bermakna ini.. segalanya terkandung 1001 cerita yg tak mampu diperincikan di alam maya ini.. tapi cukuplah ianya sebagai "kenangan terpahit" dalam hidup yg alhamdulillah.. telah berjaya kami lalui.
Shopping groceries bersama linangan air mata.. Wah!. Gitu. Kekeke..
Jgn susah hati, jgn nangis.. ini bukan ai punya guys.. tapi milik seorang sahabat sejati di bumi Perth ini. She's my blessing and we love her so much. Teman susah senang. Happy sgt tengok dia shopping.
So ai patrikan di sini sbg kenangan.
Being happy for someone else's success make you happier.
Pohon yg telah menjadi saksi tiap untaian cerita..
Vitamin kecil.. yg menceriakan hari2 terpurukku kemarin.. yg sekor lagi tak de pic terbaru sebab asyik merayau je..
Bagels - sejenis menu Afghan
Penulisanku memang realistic guys... kerana memang itu lah sifat hidup manusia yg sebenarnya.. tak kira kita duduk di mana, ujian Allah tetap ada. Mana ada orang hidup di muka bumi ini manjang indah sepanjang tahun dan keletak keletuk dgn but merah, winter coat bergaya manjang bawah pohon anggur?. Tipu la semua tu!. Lagi menakutkan pula.. dah macam diistidraj plak. Haha..
Ok la guys... inshaallah nanti ai sambung penceritaan ini. Tengah tunggu abang ai nun di Malaya buat live anak sedara ai nikah arini.. tunggu2 tak de plak. BTW.. as her aunt... mesti la ai sengih2 sampai telinga.. dan ini juga merupakan antara pelangi2 yg Allah hadiahkan atas segala storm2 yg telah ai lalui selama ini. Terima kasih Ya Allah.
Kepada semua followers dan teman2 di luar sana yg sedang melalui onak dan ranjau kehidupan.. teruskan berdoa.. dan ikhlaskan setiap apa yg menimpa, inshaallah... kau akan menemui satu keajaiban. Percayalah..
#miracles
#AllahMahaPenyayang
#sahabat2sejatikirimanTuhan
#baseontruestory
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.