Friday, December 18, 2020

Anniversary Yang Ke 23 tahun

Akibat disibukkan dengan pelbagai "cerita" dan telenovela.. sampai terlupa dgn Anniversary kami yg ke 23 tahun pada bulan ini.   Aduh duh duh.. Sammm..🤪.   


Alhamdulillah syukur..  Allah masih memberi peluang "menyambutnya" lagi.  Kita sambut kat belog je lah tahun ni.. Abg.   Adakala doa2 dari "insan2 ghaib" lebih ampuh dan ikhlas... lagi2 di Jumaat yg mulia ini.


Manakala.. ucapan untuk diri sendiri ialah..

"Be happy for what you have.. while working on what you want.    Bahagia kita tak sama dengan orang lain..  jadi berbahagialah dgn cara kita sendiri.    Alhamdulillah atas nikmat2 yg diberi. "







Alhamdulillah atas usia perkahwinan yg semakin bertambah, rupa2nya kematangan pun Allah tambahkan seiring masa.  Alkisahnyaaaa.  Begitu ghoper2nya...  Jiwa jadi lebih cekal dan priority lebih kepada anak2 instead of diri sendiri dan syok sendiri. 🤭.   Contohnya.. sekarang kalau nampak handbag.. mata tak nampak bag lagi dah.. tapi yuran skolah anak3 je.   Paling disyukuri diri dah mula terasa yg bila  pakai "coco" or "pulut dakap" pun tangan tak rasa comey dan blink2  lagi dah.. malah    terasa rimas2 belengas.. hahahaha..  moga berkekalan la hendaknya perasaan ini.   


Ni pun sepatutnya kami kena celebrate pencapaian si Ain... Abah dia dah pesan suruh belikan kek.... tapi lahaii.. budak yg nak dicelebrate manjang busy pulak.   For the time being mama celebrate dlm hati je la Ain.  


Akhir kata.. terima kasih kepada kedua bonda kami yg tercinta  yg selalu memberikan kata2 semangat dan doa2.  Semua itu pun faktor2 utama dlm  pengukuhan institusi keluarga yg dibina.


4 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.