Sunday, December 20, 2020

Tahniah Untuk Pengantin dan Memory FB

On kejap FB sekadar nak stalk anak sedara ai nikah je.   Tahniah Ila dan Syafik kerana telah disatukan.  (Gambar2 mempelai ada kat belog abang nun di bloglist).   Moga rumahtangga yg dibina kekal bahagia hingga ke Syurga.  Aamiin.   Jommm honeymoon umah Acik!.


Dalam pada ter ON fb... terjumpa balik "on this day memory ni plak.. 2016."





 

Kalau ikutkan.. memory ni agak sedih sebab ketika status itu dibuat, kakak ipar ai belum meninggal lagi..  lagu Awie tu mengingatkan ai padanya.   Lagu alarm handphone untuk bangun pepagi ke kuliah.   Dan  arwah antara yg rajin tinggalkan komen di sana.  


Tapi.. kejadian minggu lepas mengubah emosiku.   Tak semena2 ibarat mendapat indirect advice from Allah.. tapi disampaikan melalui seorang sahabat.   


Ceritanya begini...

Seseorang sedang menangis di balik batu. Entah la.. tak berapa jelas wajahnya.. dan tak kenal tapi ai tahu the reason kenapa beliau menangis.  Ajaib tak?.


Tak ajaib pun.. sebab terlebih dahulu kawan ai dah claim itu sbg kawannya.


"Eh kawan I tu napa masih menangis??.  Sepatutnya jgn begitu..   Itu namanya belum redho dan ikhlas.".   Ujar temanku merujuk pada kawannya yg menangis itu, kucingnya  meninggal kot..  (cerita digubah suai untuk melindungi sensitivity).


"Sepatutnya jgn berterusan menangis. Bila kita redho.. nanti Allah ganti dgn pahala..  dulu masa kucingku meninggal, aku hanya menangis sehari.. selepas itu aku ikhlaskan.. tak menangis lagi,  itu nasihat Ustaz".   Ujarnya lagi.


Daku tergamam.    Sambil teringat diri sendiri yg tidak sekuat itu tiap kali berlaku kehilangan.   Astagfirllah.. sib baik dia tak tau.  🤭


Esoknya beliau call lagi.. memberitakan tentang temannya kematian seekor kucing lagi... kali ini kucing yg paling disayangi pula...dan of coz menangis lagi.  Ibaratnya macam.... "sudah jatuh ditimpa tangga.".


" I told you.. kita harus ikhlaskan.. otherwise akan ada ujian lain yg lebih besar lagi..".  Ungkapnya di hujung talian.


Innalillahiwainnailayhirojiuun.

Kematian memang dah ajal... tapi ai rasa wujudnya cerita ini untuk diperdengarkan ke telinga ai pasti bukan saja2... pasti sebagai peringatan diri.   Masyallah.. insaf.


p/s. :.    Bukan la kucing... Itu just perumpamaan je.


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.