Berada dalam community global begini, pelbagai 1001 cerita ditemui. Masing2 ada persepsi tersendiri terhadap "penyakit misteri yg sedang trending skg" (ai pun dah malas untuk menyebutnya lagi penyakit itew). Biar dia tak glamer lagi dan terus hilang dari rada.
Bimbang atau tenangnya seseorang menjalaninya bergantung kepada apa yg pernah mereka lalui sendiri terutamanya di negara masing2..
Suatu petang..
"Ma... Ma nak tau tak, kawan saya neneknya meninggal semalam.. akibat
****""".". Kata anak bujang ai sepulang sekolah.
Ha??!!.😱😱 Mamanya terlopong kaget.
"Innalillahiwainnailayhirojiuun.. orang mana?.".
"Syria..".
Syria tengah musim sejuk sekarang, mungkin menambah teruk keadaan kot.
Semalamnya pula... kawan ai menangis temannya, 46 di Islamabad yg perlukan sejumlah bantuan untuk membiayai kos mesin pernafasan hospital akibat "penyakit tersebut" akhirnya telah tewas (tewas kalau dalam bahasa Indo.. meninggal dunia). Sekali lagi ai terkejut... sebab ai mengikuti kronologi sakitnya sedari awal.
Kadang2 mendengarnya boleh "sakit perut" (simptom2 stress). Silap haribulan, muka pun cepat keriput.. meski sejumlah modal telah dilaburkan untuk menambah kesihatan dan keserian wajah. Tambah lagi kalau melihat muka sendiri dari selfie di iphone (kalau android kurang la sikit.. filter dia peloles 🤭).. memang boleh nampak beza.. wajah sebelum pandemic dan wajah selepas. Hahahahaha.. So guyss pleaseeee cerita je lah yg indah2 supaya kita yg dengar dan baca pun boleh berasa lega. Cerita tentang orang yg dah sembuh2 saja please.
Tapi guys... Jgn la bermuram durja hingga anxiety memikirkannya, syarat meninggal bukan harus sakit.. tapi sebab ajal dah sampai. Syarat mati cuma satu je... iaitu HIDUP. Teruskan saja jaga SOP dan tawakal pada Allah. Ya.. mati bagi setiap manusia adalah pasti, tetapi menjaga nyawa adalah wajib. Tingkatkan immune system.. dan jangan cepat panic. Panic itu la sebenarnya yg menambah teruk keadaan.
Dikhabarkan virus "mahluk tersebut" memiliki frekuensi getaran 5.5 hz dan inshaallah ia akan mati di atas frekuensi 25 hz. So.. Jika mengaji suara haruslah dikeraskan, maksudnya suara dibunyikan, inshaallah dgn begitu virusnya akan melemah lalu mati.
Melalui getaran tinggi dan positif di tubuh manusia maka infeksi dan iritasi ringan akan hilang sendiri. Namun sebaliknya pula jika frekuensi rendah, bakal menambah teruk keadaan. Beberapa contoh keadaan yang mengandung frekuensi rendah ialah spt ketakutan, fobia, syuudzon, cemas dan stress.
Allahualam guysss. Sila rujuk balik kpd yg lebih pakar.
Bila sebut pasal frekuensi2 ni.. ai tertarik dgn gelombang infrasonik yg hanya mampu didengar oleh binatang2 tetapi bukan manusia sbb kurang dari 20 HZ hingga 00001 HZ. Kelebihan tersebut membuatkan "mereka" (cthnya gajah, cengkerik dll) mampu mengesan bakal terjadinya gempa bumi lantas berpindah tempat. Masyallah.. so nice kan?.
Ehh.. tetiba cerita topik lain plak. Tak pe.. ilmu.
Ok back to the topic. Support system amat penting untuk ahli keluarga yg sedang melaluinya. Sbg teman harus berikan kata2 semangat. Berikan link2 youtube tentang orang yg telah sembuh, tentang kisah Wak Gan di FB yg kembali pulih (walau doktor yg merawatnya pun terkejut). Perdengarkan semua kisah2 tersebut kepada mereka. Usah ditambah derita yg melanda.
p/s. :. Alhamdulillah kes di kg ai nun di "Kashmir" pun dah tinggal 4 orang.. means yg 18 aritu sebahagiannya dah discharged. Alhamdulillah Ya Allah. Lindungi mereka Ya Allah. Aamiin..
Semoga kita dijauhi daripada pendemik ini
ReplyDelete