Sunday, January 17, 2021

Meroyan di Hari Jadi 🤔👵


Wakaka... Tajuk sesaja bikin panas.



Haha pepagi birthday aritu dah buat "fitnah " pada adik beradik sendiri.   Actually jauh di sudut hati, ai dah faham keadaan mereka yg busy di sana... PKP.  Sorang baru lepas mantu, sorang baru lepas bersalin and the rest sibuk dengan tugasan on line WFH masing2 sebagai pendidik.  Dan yg selebihnya adalah warga2 emas yg mungkin tak biasa dgn mende2 gitu. So.. status wassap atas tu sekadar gurauan je ye.   Malam tu dorang wish punnn...





Tak diistilahkan sebagai "sebatang kara" pun sebenarnya sebab Allah sentiasa ada di sisi.  Sebutlah apa saja... inshaallah Allah akan kurniakan kepada kita.    Termasuklah beberapa birthday wishlist yg ai sangka sekadar gurauan je... rupa2nya Allah realisasikan melalui anak3.  OMG!.😱



Seawal pagi hati dah berbunga2.. dah macam baru keluar dari perut ibu.. tapi baby baru lahir pun tak sehappy mana, nangis lagi ada.   Mungkin sebab kawan2 wish..   Ya Allah insaf.. sebab ai bukan kategori yg rajin wish orang pun kengkadang sejak tua2 ni akibat tak bersos med sgt di wassap.  Tapi bagus sahabat2 ai tu.. husnuzon sentiasa.. tetap juga wish dan doakan ai.   Masyallah!.  Thankssss!!


"Kadang2 perkara itu nampak kecil di mata kita, tapi besar maknanya di hati orang lain."




Malam tu celebrate di Satay Charcoal.


Pic seterusnya.. suprise dari insan2 tersayang.  Masyallah Mama hargai semuanya ini sampai membelogkannya.






Seminggu sebelum tarikh, ai ada bagi wishlist birthday.  Sekadar gurau2 je sebenarnya.. sebab tu ada beberapa list lain yg murah2 sikit contohnya Pandora brand atau pun Mimco.  Tak sangka pulak mereka betul2 belikan yg ai paling least expected.  Oh thanks.. love the white gold bracelet tu!!.  Nanti Mama pakai ye.



Don't call it a dream, call it a plan..







Paling last ai unboxing ialah present yg  paling besar sikit ni..  rupa2nya remote vaccum.  Memang pernah terpikir oh bestnya kalau ada.. sebab selalu nampak insta2 famous pakai.. tapi tak pernah pulak ai bagitau anak3, mahu pun suami.  Sekadar menyebut dalam hati je.  

Eh!.  Tak sangka  pulak anak3 bleh baca fikiran Mama dah macam ada CCTV pulak kat dahi ai ni, Maksudnya apa tu puan2??.  Pasti lah Allah yg mendengar gerak hati kita dan gerakkan hati mereka.  Subhanallah Maha Suci Allah.


p/s. :.   Teruskan husnuzon pada Allah. THE LONGER YOU HAVE TO WAIT FOR SOMETHING THE MORE YOU WILL APPRECIATE IT WHEN IT FINALLY ARRIVES.. inshaallah..


4 comments:

  1. Selamat harijadi Puan Sam. 17 ke atau 16 Januari.
    Alhamdulillah dapat apa yang dihajati.
    Saya pun ada benda hendak tapi cakap dalam hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks NA.
      Tarikh yg specific memang sengaja tidak dituliskan di social media.. sebab ai pemalu orangnya. Kekeke..

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.