Thursday, January 21, 2021

Moga jadi contoh..

Turut berbesar hati dengan progress terkini di Malaya.. dengarnya di Negeri Sembilan telah pun dibenarkan solat tanpa had mengikut saiz masjid atau surau dengan SOP seperti biasa.  Kena bawak sejadah sendiri (ada tertonton video penerangannya mlm td.)    Alhamdulillah moga dipermudahkan semuanya di sana dan sentiasa dalam lindungan Allah. Semoga menjadi asbab menarik rahmat & kasih sayang-Nya. 


Kami dapat undangan perkahwinan anak seorang teman di bumi Kangaroo ini,  tapi nampaknya sekadar ke majlis makan2 je lah.. sebab beberapa mesjid di sini masih mengamalkan SOP... so jemputan untuk acara nikah di mesjid adalah terhad. 




 

Ini antara Mesjid di sini yang masih melaksanakan SOP (mungkin sebab letaknya di kawasan tumpuan pelancong kot).  Santize, rekod nama dan solat jarak.   Tapi alhamdulillah auranya masih seperti dahulu..  I mean aura kemeriahan.   Kadang ada orang sedekah makanan di hari Jumaat.. menjadikan suasana bertambah happening macam Aidil Fitri diserikan lagi dgn pohon kurma depan mesjid menggamit memory Tanah Suci.


Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi hidup kita walau di mana pun berada.   Aamiin Ya Robbal Alaminnn..



2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.