Sunday, January 31, 2021

Perth Lockdown Covid 19

 "Apa yang kami cuba lakukan adalah 'gangguan' jangka masa pendek bagi mengelakkan 'gangguan' jangka masa panjang.".  


Alhamdulillah.. begitu lah niat para barisan Penguasa Perth , moga dipermudahkan... dan mulai 6 petang tadi kami di sini LOCKDOWN sebab tak semena2 seorang staff hotel telah didapati positif Covid 19.   


Dan2.. Perth dilabel RED ZONE terus oleh pihak Victoria.  huhu..  Maksudnya org2 sini dilarang ke sana buat masa ini.


Pemakaian Mask adalah mandatory.   Sekolah pun terpaksa ditutup.   Anak bujang ai dah start sessi 2021 Khamis lepas.. ni kena kembali on line learning mulai minggu depan.



Budak picnic di Kingspark terkalut balik



Pelbagai lokasi "yg disyaki" telah dikenal pasti.. dan alhamdulillah kebetulan dua, tiga hari ni ai nak nyoping kat sana asik tak jadi.. busy menyambut birthday Qistina.  Selalu memang beli lauk kat sana.

Panic kali ni lain macam.. hahaha.. sebab last minute baru  dapat tahu.

Ain nak keluar ngeteh  berpatah balik, Qistina  picnic di taman tergamam kaget, Mama yg nak meronda.. mematikan langkah.   Joko berjalan dipanggil pulang.   Begitu la kisah panic lockdown.





Tak banyak yg sempat dibeli.. sebab terkejar ke sana ke mari.    Kita serahkan je semua kepada Yang Maha Memberi.




2 comments:

  1. Tegas,tidak bagi jangkitan meningkat. Sama ke ciri-ciri lockdown macam Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA - Telah buat perbandingan masa Lockdown 1 Aussie dgn PKP 1 di Msia last year, ciri2nya agak berbeza ketika itu, kami masih dibenarkan jogging. Tp utk PKP2 Msia kali ni.. nampaknya mcm dah seakan2 kat sini.

      Tapi lockdown 2 ni.. kami digesa pakai mask. Agak strict sikit dr yg lepas.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.