Langit petang. Langit pun dah pandai bermuram durja nampaknya, hitam kelam kesan2 terbakarnya hutan la ni kot.. di Timur Laut Perth (Perth north east) yg telah memusnahkan 7000 hektar tanah dan rumah. Innalillahiwainnailayhirojiuun. Antara yg terlibat ialah spt di Ellenbrook sana.
"Dunia dah nak kiamat!!.".
Saja ai menakut2kan anak3 bila nampak langit berlainan warna dari selalu. Haha..Mencecet terus mereka berlari menuju tingkap.
Gurau je sebenarnya, sekadar menceriakan suasana lockdown supaya tak la bungkam dan membosankan. Tapi tidak la pula asik jadi tarzan, stress pulak nanti mereka.. dah la terperam Maknya pulak asik menambah stress. So, my room is always open for them to discuss anything... waima kisah apa pun, kisah hantu, kisah cinta, kisah belajar dan sebagainya.
BTW... "bibik2" dua ekor tu pun memainkan peranan mereka dalam mengurangkan tekanan seisi rumah. Ada2 saja kerenahnya yg pelik2 yg membuat kami terhibur. Jarang kucing suka speghetti, tapi Chanel ni berlainan.. asal nampak kami makan mesti gegas berlari. Kadang sekadar nampak mereka golek2 kat hujung katil pun dah buat kita release. Makhluk Tuhan yg aneh mereka ni kan?.
Ok.. itu la cara kami hiburkan hati di musim lockdown.. selain hal2 lain yg tidak dapat diperincikan di sini.
Orang yg struggle awal memiliki daya tahan lebih tinggi. More resilience. Kajian yg kata ye.. bukan ai. Oh.. Suddenly ai bersyukur pulak dgn rintangan2 masa lalu.. kalau tak, mesti hari ni ai kemurungan dan nangis pulak dgn cabaran2 sebegini (lockdown). So.. untuk anda yg sedang menghadapi cabaran2 di usia muda tu.. maksudnya Allah nak jadikan anda strong di usia tua lah tu. So, be happy!.
Sini pun tidak terasa hari-hari berlalu duduk rumah. Tengok pengumuman sama ada disambung atau tidak selepas 4 Feb. Hehe kita cari perkara yang menghiburkan di rumah.
ReplyDeleteNA - Alhamdulillah.. Akhirnya dpt juga kita bahagia di saat yg tidak kita inginkan. Hihi..
Deletestay safe kak. doalah semua ini akan kembali pulih
ReplyDeleteThanks Deqsu, alhamdulillah jika dilihat pada zero case utk dua hari berturut2 ni, harapan masih ada.
Delete