Wednesday, February 3, 2021

Hari Ketiga - Perth Lockdown

Hari ketiga lockdown... 


Alhamdulillah.. zero new cases dari lebih 16,000 ujian Covid semalam.  Sementara untuk hari ini pun masih sama dari 12,326 ujian.. (as at 11.00 am).    Harap2 terus kekal begitu hingga esok, tulat, tungging, oneng2... dannnnn sampai la bila2  hendaknya.   Aamiin.. Thanks Allah and Mark.


Tapi tetap traumatized nak keluar memana.  Haha.  Walhal telah dibenarkan untuk keluar excersize di kawasan kejiranan bersama family contohnya dua dewasa dan anak2 (maksima 5 orang).   Begitu juga untuk keluar beli lauk dan hal2 perubatan masih dibenarkan.. 


Throwback pic - sehari before lockdown


BTW, tidak boleh sesuka "panic buying".  Belian tetap dihadkan oleh pihak Supermarket.. contohnya speghetti, toilet paper, noodles.. limit 2 items sahaja.  Jangan nak gatai2 nak buat "kedai runcit" plak kat umah.  Alhamdulillah... banyak hikmahnya... supaya selim melim dan pelolez.   Till now ai tak sempat lagi bili cili.   Tapi paling ralat, tak sempat ke kedai Asian beli kicap... dan bawang putih pun tak sempat capai aritu.  Bayangkan dah tiga hari masak apa2 tak bergarlic.    Mujur banyak rempah ratus lain sbg option di rumah.


On line learning utk Mr Big Boss berjalan dgn baik.   Rasa lebih lega nampak beliau depan mata, at least boleh tau perangai dia macam mana "dlm kelas".   Nampak gaya tiada unsur2 stress.  Cuma mungkin rindu kawan2 je la kot...tapi itu sekadar masalah kecil yg boleh dibangun semula apabila sekolah dibuka semula nanti.


Punca berlakunya lockdown adalah diakibatkan oleh SATU KES yg telah disebutkan dlm entry yg lepas.


2 comments:

  1. Memang pihak berkuasa sana tidak mahu ada banyak kes. Buat ujian banyak-banyak nasib baik sifar ya. Harap berterusan sifar kes. Aduh sini sambung PKP, entah bila hendak sifar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA - Begitulah nampaknya setakat ni. Alhamdulillah.. Allah permudahkan segala usaha.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.