Assalamualaikum... Salam Jumaat..
Terbaca semalam pasar malam dan salon rambut dah boleh dibuka semula di Malaysia. Moga Allah permudahkan urusan mereka... sebagaimana Allah telah jua mudahkan urusan kami di sini dgn DONUT DAY selama 5 hari berturut2. Alhamdulillah..
Eh!. Macam tau2 pulak ai ni pengumpul resepi donut yg tegar di blog ini.. hingga Perth asik dapat donut sentiasa. Tu la.. apa yg sering kita sebut menjadi doa. Ececeh..
Tapi apakah pengertian donut yg sebenar dlm ayat di atas?.
Sebagaimana donut yg bulat.. begitula ZERO, so bermaksud zero new cases. Pandainyaa buat bidalan untuk membuang hati nan rawan. Bukan ai.. tapi orang2 Perth tu lah. Moga Malaysia pun dapat HARI KERIA pulak nanti.. Aamiin Ya Robbal Alaminnn.. Berkat doa hari Jumaat yg mulia.
So.. dgn itu, sekolah akan dibuka semula mulai Isnin depan. Begitu juga bisnes2 yg terpaksa ditutup sejak lima hari lepas.
"Face masks will remain compulsory in public and at work in Perth..".
Budak2 sekolah menengah juga diwajibkan bermask. Tidak untuk sekolah rendah. Begitu juga para staff dan orang ramai yg keluar rumah.
Ada can ai nak berwajah kinclong.. dan selamatlah duit lipstik. Mask extension yg ai kait tahun lepas pun tidak terbazir begitu saja.
Sebelum ianya berakhir 6 petang ini.. dgn beberapa restrictions.. kena ucap sesuatu ni. Hihi..
Daku bersyukur Ya Allah diberi peluang merasai pengalaman lockdown begini (walau tahun lepas dah rasa pun.. tapi musim sejuk, lain sikit.. haha), at least dapat menyelami jerih payah insan2 yg daku tinggalkan di tanahair. Daku bersyukur Ya Allah.. tapi cukuplah sekadar ini. Moga tidak berlaku lagi. Aamiin Ya Robbal Alaminnn.
Sekian. Coretan dari bumi Kangaroo.
berlapang dada..kurang keluar rumah, kurang duit keluar. tapi hari2 pulak kurier datang anto barang..tak jimat juga sudahnya
ReplyDeleteYan - haha.. tak pe, sekali sekala kena menyokong usahawan2 on line, sian dorang PKP.
DeleteAlhamdulillah. Harap Malaysia pun dapat donut juga. Amin.
ReplyDeleteNA - Aamiin.. moga Malaysia dpt donut, keria, onion ring... Yummy!!.
Deletekeria day, insyaAllah one fine day.. :)
ReplyDeleteNard - Aamiin..
Delete