Thursday, February 18, 2021

Bina Hobi Yang Menguntungkan

Tak untung di dunia, tapi mungkin akhirat. Andai apa yang kita tanam tidak dapat kita rasai hasilnya, contohnya buah2an dimakan burung, orang, monyet, hantu raya.. itu mungkin bayangan bahawa kita akan menikmatinya di Syurga kelak.  Tidak dpt di dunia tapi di akhirat.  Itu kalau kita redho dan ikhlas.   Kenikmatan buah2an di Syurga pula berlipat2 kali ganda jika dibanding dgn dunia yg sementara ini.


Sebenarnya sekadar mencedok dari kata2 Ustazah je .. tapi  tidak la beliau menyebut tentang hantu raya  bagai.  Tapi sungguh menginspirasikan..  


Inshaallah hidup akan jadi indah dan tenang apabila kita menghayati kata2 itu.  Bertuah bagi mereka yg hobi bercucuk tanam.   Maka selagi kita bernyawa usaha la untuk bercucuk tanam walau sekadar sebijik jagung.  Bertuah lagi yg mampu menanam durian.. 


Macam ai ni bercucuk tanam sekadar "so-so" je.. entah la tak de skill...  Bila Ustazah cakap macam tu, baru sibuk menjenguk tanaman. Haha..  Sib baik tak mati kekeringan.




Cauliflower agaknya yg hubby ai tanam ni.  Kita tunggu dan lihat apa yg bakal muncul di celah2 dedauannya nanti.

Tumbuh pula pokok kipas kat belakang tu.  Mungkin hadiah dari burung2 kot. Terbawa benih kat paruh dia, jatuh kat rumah kami.   Skg bukan orang je yg mampu bagi kita present, burung pun baik hati tolong tanamkan utk kami.  Masyallah.



Ini ai yg tanam.   Haha...  Cekudud mcm tuannya.







p/s :.  Should children be taught how to grow food as part of their schooling?.


3 comments:

  1. Berbudi kepada tanah, in shaa Allah akan menuai hasilnya. Seronok melihat tanaman membesar depan mata.

    ReplyDelete
  2. Betul Tu MM..
    Teringat arwah mak CH..
    Tanaman buah²an nya skrg jadi mknn anak cucu cicit pun merasa..
    Belum lagi kongsi dgn monyet yg sering bertandang..

    ReplyDelete
  3. Haah ramai sekarang beralih ke hobi bebakti pada tanah. Sama ada tanam sayuran, buah-buahan, herba, pokok macam succulents atau pokok bunga.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.