Saturday, March 6, 2021

Antara Arab Dan Jawa. Pilih yang mana?

Antara Arab dan Jawa.. 
Nak pilih yg mana?.   Jika anda bagaimana?.
Ini bukan dilema nak pilih bakal menantu ye.. tapi......
.
.
.
.
.

Makanan.   Hari ni ada dua event sekaligus.  Satu dari Arab Association di Burswood... dan satu lagi Multicultural event by Indonesian nun di Hay Street.   Entah ler.. kenapa mereka buat di hari yg sama.  Faktor cuaca kot.. arini kan cloudy.

Kalau dikenang event2 yg lepas, keduanya menyajikan menu yg sedap2 belaka.  Tros terdetik di hati tamak haloba untuk pergi keduanya.. haha.. tapi bujang ai  tak nak pegi yg satu lagi asbab ramai kawan2 sekolah dia kat situ.    Laaaa pulak...   Pemalu pulak beliau ni tetiba.

Tak pe... bertenang.   Nanti ada solution.   Jika hati Mama dah bersungguh nak pegi.. pasti ada jalannya.





So, lepas Zohor kami ke Hay Street.   Motif ke event2 Indo ni pun dgn niat untuk mendukung bisnes sahabat2 sejati (mendukung jika dimelayukan bermakna menyokong).   


Maka dapatlah beli kek marble yg sedap ni serta beberapa menu lain untuk memenuhkan perut yg sengaja dikosongkan sedari rumah gara2 event ini.   Dari rumah dah terbayang ayam pepes yg kawan ai kata nak jual.. rupa2nya beliau busy pulak dan jual menu western yg lebih mendapat pulangan yg memberangsangkan antaranya chips.


Beberapa stall Malaysian juga terdapat di situ, sempat la beli nasi lemak dan lain2..

Marble cake 5 dollars for 3 slices

Sticky cheese 8 dollars..

Antara lain ialah rempeyek, crunchy crab yang masing2 berharga 30 dollars..



Setelah hari merangkak senja, dapat juga akhirnya ke Arab Event.   Bujang ai, kami hantar balik ke rumah dulu sebelum dia mengeluh kepenatan, kebosanan dsbnya.    Motif terbesar ke sini sebenarnya nak cari tudung (Indo's event td tu tak jual plak).. tapi angkara tergesa2 sangat... mood pun bertukar, beli skirt pulak.   Haha.   

Menu?.   Langsung tak sempat jenguk apa yg dijual... terkejar2 kan waktu jadi tak syok.. tambah pulak nampak orang beratur panjang membantutkan minat untuk membeli.   Ai ni puteri lilin.. bila senja Tok Nenek kata jgn kluar umah.. nanti tersumpah jadi cantik.   Kekeke... (gurau).




Tak jauh dari situ terletaknya tasik.. Eh pandai plak  swan ni menghiburkan hati ai... bila  diacukan camera je tros dia posing, walhal pada awalnya  busy mandi.   






4 comments:

  1. Kalau saya pilih dua-dua juga.
    Hehe tapi membeli secara tergesa-gesa tidak seronok pula.
    Apapun alhamdulillah dapat singgah kedua-dua tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..
      Lagi pun event ni tak selalu ada. Tahun lepas pun cansel gara2 Covid.

      Delete
  2. bila lah boleh nak berkunjung ke luar negara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yan - Entah la Covid 19 ni kan, bila tah nak abis?. Sampai duit kawan2 ai yg banyak kat Msia tu tak dapat nak dibuat terbang ke memana. Hihi..

      Delete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.