Sunday, March 28, 2021

Beli rempeyek di bazaar

Asyik upload pic wedding Neelofa di status wassap, dah kawan2 Aussie ai ingat anak dara ai plak yg nak kawin.  Oh belum!!.  Don't worry... Masih ada harapan untuk berbesan bagi anda yg memiliki anak2 yg beriman ye.  (Gurau.. Eh!. Lupa.. Malam nisfu syaaban Mak2 kena cakap yg elok2).

So arini kita move on dari cerita itu dengan upload gambar rempeyek!.   Dari malam tadi kawan ai text supaya datang ke bazaar nun di Perth City sebab mereka bukak gerai kat sana.



10 dollarss...


Sebagai kawan.. harus la kita kena pegi. Berdua je dgn si bujang ai.  Belinya tak seberapa padahal, sekadar sebungkus nasi ayam kalasan. Tapi bermacam2 pulak yg mereka bungkuskan untuk kami bawa pulang.  Dah melebihi harga yg dijual.   Alhamdulillah rezeki bersilaturrahim kata kawan ai.

"Esok jangan lupa puasa jomm!.".  Pesannya tadi.

Tu la.. ai tengah menimbang2 ni (sebabnya mood masak sahur tgh ke laut.. 🤭)... sambil2 tu ai tulis ini sbg entri.. supaya pesanan beliau tersebut sampai kepada anda juga.   Kot ai dapat tempias pahala jika uollz melaksanakannya.    


"Untuk bekalan di alam sana.." Ujar wanita optimis yg bersuamikan Mat Saleh itu.


p/s :.  dari segi medis.. tarikh2 tersebut (AYYAMUL BIDH) berkait dgn pasang surut laut berpengaruh juga kepada kelembaban tubuh.. so kena kurangi makan pada tarikh2 itu....(copy ayat Utz Somad.. sila rujuk ceramah beliau).  Oo patut la digalakkan berpuasa.




2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.