Saturday, March 27, 2021

Perkahwinan Neelofa dan kisah "alam bunian"

Belog ni sebenarnya dah pencen dari gossip artis.. tapi perkahwinan Neelofa ni menarik pulak untuk disematkan di sini.. Mungkin sebab ai tertarik dgn pelaminnya yg ala2 alam bunian cerita P.Ramlee kot.  Tahniah Lofa dan Harris telah disatukan.

 "Tak pe la.. ai dah wakilkan Neelofa untuk merasai semua tu... At least ada juga wakil..🤪.."  Gurauku pada kawan2...



Bercerita tentang "alam bunian" ni.. ai teringat kisah di Mekah.   Tapi bukan la ai termasuk ke alam bunian.. haha.. ini bukan blog misteri ye (sedangkan orang yg berpeluang masuk ke rumah jin di sana pun sekadar cerita kisah bulu roma merinding2, tidak la pula cerita tentang rupa bentuk).. cuma... jap tgh nak susun ayat yg sesuai.   Jadi blogger ni kita kena ada "win2 situation" atau maksudnya.. penulisan kita haruslah menyedarkan diri sendiri dahulu.. then dlm masa yg sama bermanfaat juga utk pembaca.


Sejujurnya.. ai  rindu diri ai yg dulu yg baru pulang dari sana (Tanah Suci).   Bukan la bermaksud skg ni teruk.. tapi masa baru balik Masyallah Ya Habibi Ya Maulana..sangat positif dlm apa jua hal.  So.. by refreshing and  savoring our positive memories I hope it will increase positive emotions.   This is what the research tells us.  In sha Allah.   Aamiinnn.


Masa tu sepulang mabit (bermalam) di Mina untuk pulang ke hotel, jalan berdua je dgn IRP.. perjalanan agak jauh.   Malam.  Lampu2 memancar di sana sini.  Manusia2 berpakaian putih mundar mandir dgn tujuan yg satu (mabit),  pemandangan sebegitu seolah umpama bayangan Princess2 sedang bertebaran.


Cuaca panas tempatan dikurangi dgn kipas2 yg besar di jalanan.  Segar terasa. Pancutan air yg terdapat di situ menghasilkan molekul2 kecil di udara.  Ia menghasilkan seolah2 kepulan asap. Tetiba terasa macam mimpi.. tapi bukan pula mimpi.  Dejavu!. Tapi itu la yg dirasai waktu itu.   Tenang dan "aneh" seperti di "alam lain".  Kebetulan pula keadaan sedang lengang.. berbanding nun di perbukitan sana yg menyaksikan pihak polis yg sengaja ditugaskan untuk mengawal lalu lintas.. ada kala menghalau jemaah kerana dibimbangi traffic semakin teruk dan boleh membawa maut.


Cerita tentang Mina.. tapi pic kat Shishah la plak kan?.  Sorry..



Sekonyong-konyong terpikir... betapa "pancaroba" masa lalu telah pun Allah ganti dgn semua "keindahan" tersebut.   Masa dapat offer pegi blom terpikir lagi akan hal ini.

"Andai ku tahu semua ini yang Allah "ganti".. pasti ku malu untuk mengeluh akan apa jua masalah yg pernah singgah dlm hidupku selama ini.".   Bisikku dlm hati malam itu.. sib baik dlm hati.. idak ler didengar dek somiku.. hahahaha..  


Ternyata apa yg Allah atur itu jauh lebih indah dari apa yg cuba kita atur.


Perkuburan Baqi'


Moral of the story... ?.   Keep calm in any situation...  jgn terpedaya oleh manipulasi syaitan yg selalu ingin merosakkan program2 dalam "mother board" otak kita.  Yakin la.. tiap duka nestapa, inshaallah akan ada gantinya.  Andai sekarang terasa pahit.. itu untuk siri tawa dan manis mu di hari esok..  Allah takkan pernah silap dalam mengatur hidup hamba-Nya. Bila masanya tiba, barulah tersingkap hikmah dan indahnya aturan takdir Allah yang jauh lebih baik dari perancangan kita.


Tak mengapa jika ada hal-hal yg tidak menyenangkan semasa merentasinya. Biarlah ia menjadi sebahagian dari cerita hidup. Sebab, yang terpenting adalah hikmahnya, pelajarannya, dan akhiran dari ceritanya.   


p/s. :.    Minggu ni busy juga blog ni dgn carian entry lama.. Misteri Di Chalet Usang tapi nak baca nanti tunggu larut mlm ye..🤪




4 comments:

  1. Memang ketika hadapinya terasa perit tapi apabila sudah berlalu kita akan kenang semula dengan rasa syukur dapat hadapi.

    ReplyDelete
  2. Wah, bestnya akak pernah pergi mekah. Hope dapat pergi sana juga suatu hari nanti. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Galaksi Viral - Alhamdulillah Dik.. itu la last haji, 2019 sebelum Mekah terus ditutup angkara Covid.

      Aamiin.. moga Allah makbulkan.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.