Betul la orang kata... kita akan diuji dengan apa yg kita kata/tulis. Dua hari lepas, ai buat entry tentang "kemaafan" tu kan?. Tetiba dalam kemurungan pagi (sbb umah black out.. so mood swing la sbb anak ke sekolah dgn baju tak bergosok).. wassap tetiba berbunyi..
"Sam.. kau kenal tak dia ni?.". Kawan ai text..
Ai tekan.. then loading... Plingggg!!. Muncul gambar seorang wanita jelita. Memory pahit tetiba muncul kembali walau blur2.. antara ingat dgn tidak... sbb dah lama sgt tak nampak. Tapi main sebut je lah nama. Eh!. Betul pulak tu. Oh pandainya ai main tekaria!!!. Haha..
Dalam masa yg sama, teringat entry sendiri.. tentang kemaafan.. (Syaitan dlm hati masih berlaga2 dgn malaikat rahmat... Astagfirllah). Then.. hati berbisik.. nak jawab apa dgn kawan ai ni? . Nak cakap pernah kenal dgn orang tu then cerita pernah berlaku konflik bla bla bla?. Atau... Konon2 berkirim salam dan cerita yg best2 sahaja??. Aaaah!. Nanti la dulu balik rumah cerita.. fikirku.
Auto switch.. dari mikir yg buruk kpd sweet memories..
Sampai rumah.. dah mandi segar2.. baru lah fikiran kembali rasional. Bukak shower je..tak semena2 tetiba teringat gambar2 lama reramai bersamanya yg hilang entah ke mana. Kumpulan kami menang dlm acara tu.. Jirusan air seolah2 menerbangkan segala liku2 yg pernah dijalani. Bad memory tu macam automatically ghaib... malah bertukar jadi lucu pula. Ketawa sendirian dlm bilik air. Lucu dgn "fitnah" yg pernah dia buat.. Ya la, zaman remaja kan.. belum matang. So, entah apa2 yg dibuat.
Terus terbayang saat dia mengetuk pintu kelas dan meminta maaf atas khilafnya itu. (Di situ timbul respek). Entah la.. masa tu pun sebenarnya ai tak la marah sgt walaupun "fitnah" tersebut agak mengaibkan... cuma aneh juga kenapa selama ni ai tak pernah add dia di media social.. seolah2 macam hold the grudge pulak. Padahal.. tak de la sgt. Entah.. nanti ai muhasabah diri jap kenapa.
Itu la.. tipnya ialah.. MANDI. Atau lagi bagus berwuduk .. inshaallah syaitan2 akan gagal menjalankan rencananya. Ok guysss... Byeee.
p/s. :. Menulis pun ada "badi" tau!. 🤪. So.. don't play2... Sbb tu blogger harus dibayar mahal. Wakaka...
Oh oklah dia sudah minta maaf. Kalau dia buat seolah-olah tiada apa-apa berlaku memang akan panas.
ReplyDeleteHehe kena hati-hati tulis.
NA - ha'ah.. nasib baik declare awal2 sebelum nasi menjadi bubur. Sejuk juga hati.
Deletehaha, saya baca entry pasar karat tapi bila terbaca isu panas, saya dtg komen kat sini. dasar penyibuk tul kan... haha
ReplyDeletesetuju sgt ayat terakhir tu.. sepatah kata pun kalau memberi manfaat kepada orang lain adalah sebaik2 ayat, dan kalau yang sebaliknya pun sama.. mitak jauhla benda2 yang buruk. Moga kita sentiasa diberi petunjuk agar dapat cakap atau tulis yang baik2 sahaja....
Aisy - hahahahaha... entry ni ditulis di hari yg swing sbb karen takde, wifi tak de.. tu yg merepek meraban. Nak delete malas pulak sbb mcm ada input berguna juga dlm tu.
DeleteAamiin utk doa perenggan terakhir tu.