Tanda2 orang yg bertaubat ialah hatinya telah lembut memaafkan. Tapi kita ni hanya insan yg penuh kekurangan kan?. Tanduk2 muncul di awangan tanpa jemu menghasut kita saban hari. Moga tip2 berikut mampu membantu anda dan saya dlm mengurangi trauma tersebut seterusnya menjadi wanita yg ayu, classy dan berpendidikan. Beauty with brain. Wakaka..
Gali Sejarah Silamnya
Cara untuk mengurangkan kekesalan dan kejengkelan pada sesorang yang pernah mengguriskan hati ialah...... menggali sejarah silamnya. Mungkin di situ ada satu jawapan, mungkin di situ akan terlahir empathy.. lantas akhirnya anda BERJAYA memaafkannya sebagaimana Nabi SAW ampunkan umat.
Mengikut kajian, tidak la seseorang itu bersikap "pelik" tanpa sebab.. Semua bermula dari akar. Mungkin dari episod2 luka masa lalu dan perjalanan hidup yg penuh ranjau. Mungkin juga kesan2 sbg mangsa2 penderaan, mangsa buli, mangsa body shaming, selalu dikhianati atau mungkin rasa insecure atas kurang percaya diri yang keterlaluan. Persekitaran yang langsung tidak membantu proses pertumbuhan jati diri. Sering diperkecilkan, dibezakan atau rasa tidak dihargai. Mungkin mangsa buli di sekolah. Disisih rakan. Lantas tumbuh menjadi insan pendendam yg menjengkelkan... hingga "tanpa sengaja" anda pula yg menjadi "tong sampah" dan manifestasi mereka untuk dihumban segala yg pernah terbuku sekian lama. Segalanya mungkin..begitu lah kalau mengikut kajian physcology.
Anggap ianya satu "Penghormatan".
Tall poppy sindrom ialah budaya di mana org2 yg "berstatus tinggi" dikritik, dibenci, diserang kerana pencapaian mereka lebih menonjol dari yg lain contohnya di sekolah atau Uni. Twist la plot cerita dgn menganggap ianya sbg satu "penghormatan" sebab jika anda bukan kategori tersebut anda tidak mungkin melaluinya.
Andainya anda org yang gagal, yang tak punya apa2, yang tak pernah berjaya, tiada sesiapa yang sudi mencemburui ataupun membenci anda.
Dengan kefahaman yang betul ini, anda akan mampu memaafkan haters, malah anda akan bersikap positif terhadap mereka.
Kenang Saat Manis
Tip seterusnya.. kenang kemanisan yg pernah tersemai. Mungkin ada, walau hanya sebesar zarah. Tapi sekurang2nya ada. Sebagai contoh.. seorang boss selalu menjengkelkan anda, membentak2, bercakap sinis, malah memalukan anda di khalayak ramai.. aduh giler!!. (Ini contoh sahaja ye.. tiada kena mengena dgn yg hidup mahu pun meninggal). Tapi cuba ingat balik, sekurang2nya mereka pernah berbesar hati memilih anda dalam ribuan orang yg hadir ke temuduga. Bukankah itu juga suatu jasa?.
Kaji Hikmahnya
Orang yang membenci kita adalah orang yang dipilih oleh Allah untuk memuliakan diri kita dgn cara yang tidak kita suka. Bila kita faham ujian dari Allah, maka kita akan berterima kasih pada orang yang membenci kita, kerana telah mengajarkan kita untuk bersabar. Dgn sabar, in shaa Allah kita dapat menuai pahala.
Next.. memaafkan.. tapi kurangi percakapan. Cakap bila perlu saja... dan yg indah2 saja. Lebihkan senyuman. Tak dibalas sudah. Hihi.
Sekali pun belum mampu melupakan sepenuhnya segala peristiwa pahit yg pernah mencalar tangkai hati... tapi pelan2 kita cuba melembutkannya. Moga menjadi asbab terpenuhnya tabung2 amalan sbg tambahan2 amalan2 yg sedia ada yg mungkin belum mencapai standard piawaian buku amalan dari tangan kanan. Bila anda kenang semua itu.. anda akan bersyukur dengan segala tragedi pahit yg pernah menimpa.. sebab sekurang2nya bukan diistidraj dan terus leka. Alhamdulillah..
Lapangkanlah dadamu sebelum matamu terpejam. Keikhlasanmu akan berbalas bahagia yang mungkin waktu ini masih Allah rahsiakan.
Itu yang akak buat sekarang..memaafkan tapi tidak bercakap langsung..
ReplyDeleteSis Suria - I see...
DeleteAha saya buat tips no 1. Sebenarnya saya ada terkesan satu ayat Al-A'raf pasal Nabi Musa kena layan kebodohan/kesyirikan Bani Israel. Allah suruh maafkan dan terus tegur kesalahan mereka sebab latar belakang mereka kena tindas oleh Firaun.
ReplyDeleteIntipati bagus Puan Sam berikan. Tq.
NA - Masyallah.. nice sharing Sister. Satu kisah riwayat yg harus kita jadikan panduan. Thank you.
Delete