"Sam.. buatlah sesuatu untuk promote Malaysia di mata dunia..". Satu nasihat terbaik seorang teman baru2 ini. Hikmah PKP di sana.. teman2 ai yg selalu busy akhirnya dapat menghadap phone dan bersilaturrahim.
Hihi.. terima kasih atas nasihat itu sahabatku... walaupun entah apa yang dapat ai sumbangkan??. Sumbang dengan "tidak berkelakuan sumbang" je lah ye puan2.. dan tidak menconteng arang ke muka negara. 😁.
Yang pasti baju2 raya dan shawl2 Malaysia selalu menarik minat mereka tiap kali kami pakai sebab kualiti memang terbaik setakat ini. Cuma nak hadiahkan mereka je blom sempat.
Viral laksa... ai buat laksa. Viral baju Iban.. eh teringin plak nak pakai.. versi muslimah tho, boleh ke tak?. Nak tanya Ustaz lah.. (kecik2 tangan tak bedung.. tu yg sume org buat, sibuk nak dibuat.. haha.. gurau!. Mitos belaka.). Tapi nak pakai gi mana Sam?. Raya haji?. Haha..
BTW.. ai memang suka sesuatu yg memiliki nilai2 estetika yang tinggi.. walau ai sedar ai ni bukan la berjiwa seni sangat. "Kekurangan" ini mula dikenal pasti bila kemarin ai post gambar hasil lukisan anak3 ketika mereka kecil (yg ai sendiri tak faham apa yg mereka lukis) ..tetiba eh!!. dapat banyak komen yg positif pulak di page tersebut. Mostly dari pencinta2 lukisan tanahair yg penuh ilmu di dada.
"Macam post impressionism Van Gogh.. I think byk main dgn natural lighting, stroke... really impressive!.". Ujar seorang Penjiwa Seni di situ.
Oh ya ke?. 😱 Tros ai google siapakah itu Van Gogh. Hehe.. Jauh naw pujian tu.. tapi ok la at least Mama dapat 1 ilmu baru. (Segala puji hanya bagi Allah).
"Hanya jauhari yang mengenal manikam".
Tu la... Sometimes..something we take for granted is someone praying for. Hargailah apa yg ada di depan mata.
Betul itu hargai apa yang kita ada.
ReplyDeleteHehe ok itu ikuti perkembangan Malaysia.
NA - Selamat menjalani lockdown untuk Malaysia ye.
DeleteMELBOURNE pon lockdown jugak tu cikkak., ;p
ReplyDeleteYa Wak.. area Victoria tgh lockdown.
Delete