Friday, June 18, 2021

10 Cara Mengecilkan Saiz Cincin

How to down size your big ring?.   Kalau kat Malaysia kita repair je kat kedai. Kat sini malas plak nak ambik tahu kat mana sebab bukan lah sampai desperate sangat nak guna cincin ai yg tetiba longgar ni.   So, mari kita DIY!!.






Ok.. antara cara2nya ialah....
 

1).   Lilit dengan benang..  tapi kurang comey dan benang pula mungkin menyerap kelembapan.. dah la tgh musim2 virus kobit ni.

2).   Guna tape - juga tak berapa comey, mungkin juga kurang selesa.

3).    Guna nail polish - sapu di bahagian dlm cincin (ketebalan ikut kesesuaian saiz jemari), biarkan kering.   Utk cincin emas mungkin tak sesuai.. dibimbangi ilang cun.

Tak pasal2 ai terpaksa beli nail polish uollz..


Then sangkutkan cincin pada penutup botol serum atau apa2 yg ada muncung mcm ni utk bagi dia statik berdiri sebelum kering.





After 24 hours.. cuba kat jari, jika masih longgar lagi.. sapu lagi nail polish.



4). Sapu dgn glue gun.. biarkan kering.   Juga tak sesuai untuk cincin2 emas or perak bagi melindungi nilainya.

5). Lilit dgn floss gigi.   

6). Gunakan ring wrapper.  

7). Sengkang dgn cincin lain yg lebih kecil di hadapan.

8).  Donate je cincin tu pada ai.. settle!.

9).  Hantar balik pada kedai untuk tukar yg lain jika masih dlm tempoh. (Biasanya 3 hari berserta resit).

10).  Gemukkan badan. 


Sekian.



1 comment:

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.