Wednesday, December 8, 2021

Bawa Sambal Ketika Melancong

 "Kena bawak 'heat tech' tak untuk suhu 1 C?'.   Tanya seseorang dari kayangan yg ingin melancong di sebuah negara sejuk.      

Tumpang happy dengar orang nak melancong sebab ai dah lama tak melancong sebab hari2 dah 'melancong' di kediaman sendiri.      Tertarik dengan list yang perlu dibawa mereka antaranya SAMBAL PEDAS!.

Wah!.   Setuju sangat tu.   Bawalah sambal ke mana pun anda pergi (kecuali utk negara2 yg tak izin bawa makanan), InshaAllah akan lebih bermakna percutianmu... sebab kita kan tekak melayu.   

"Makanya... belajar lah buat sambal sedari dalam kandungan lagi.  Moga menjadi perniagaan terhebatmu di masa hadapan.".  Miss Mirror

Antara contoh resepi sambal yang boleh meraih juta2 RM ialah SAMBAL JAHAT.. 





Dalam industri makanan, sambal kurang risiko sikit jika dibandingkan dgn meat atau pun poultry.   Paling teruk pun sakit perut sebab tak tahan pedas.   Jika ayam itik.. risiko terbesar salmonella.. macam kes kemarin ada orang bertanya ai..

"Kenapa orang tu meninggal makan sherpard pie?".  

Selain dah ajal.. ada pelbagai kemungkinan semasa proses penyediaan.  Sebab tu kita masak tak boleh dalam keadaan kelam kabut.   Tak de shortcut masa.  Harus dimasak mengikut masa standard dan suhu yg betul.   Industri makanan tak boleh cincai2.    Kena banyakkan berselawat semasa masak supaya Allah lindungi dan makanan jadi sedap.




Berbalik pada kisah sambal..  penyesalan telah berlaku masa ai haji 2019.   Manjang ngendeng sambal Makcik2 sebab tak bawak sendiri akibat last minute visa.   Nasib baik mereka tu  semuanya ahlil pengumpul pahala yang tegar.   Ada2 saja yang mereka kongsikan demi meraih pahala di Tanah Suci.

In conclusion..  sambal mampu menjimatkan kos percutian anda.   Tinggal masak nasi di homestay, goreng telur.. beli sedikit timun di kedai berdekatan dan buka la sambal tersebut.    Jimat RM90 - RM150 sehari ( breakfast, lunch, dinner) jika anda bukan orang yg cerewet sgt.  RM90 boleh beli ole2 untuk kawan2 yg tak mampu melancong.   (Ini calculation utk Aussie.. untuk negara yg si polan ingin lawati itu mungkin berbeza sedikit).

Antara tip masak sambal supaya tak sakit perut.. dlm berpuluh2 cili yg disiang, tinggalkan la 7 ketul bertangkai.. tumbuk bersama.  Moga dengan izin-Nya perut tak meragam.   Mungkin ada 'ubat' di balik tangkai itu.  Wallahualam.    Tangkai saja ye.. bukan pokok dia sekali!.  Gitchew!!!.   Ok bai.


p/s. :.  Heat tech tu baju nipis yg memanaskan badan.. kita org Aussie panggil "thermal".   Sukati Dik Non.. nak bawak ke tak?.   Kalau pemakan jamu, badan manjang panas.  Klu badan jenis penyejuk suhu 1 C tu memang 'wajib' pakai.


7 comments:

  1. kalau ammi 10C pun dah kena pakai kot..tak tahan sejuk makcik sorang ni

    ReplyDelete
  2. Seakan long john kan?.. Industri permakanan mesti hati-hati dengan semua segi. Sambal pedas, sambal cik nur biasa sampai ke oberc. Nak visitttt:)

    ReplyDelete
  3. selalu bwk sambal msa melancong tmbh2 negara sejuk. tekak mesti akan rindu sambal jgk

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.