Assalamualaikum wbt
Rezeki orang lain nampak banyak kerana kita tidak melihat ujian yang mereka tanggung di sebaliknya. Setiap kehidupan itu ada ceritanya sendiri, ada yang dipamerkan, dan ada yang Allah simpan rapi sebagai rahsia antara Dia dan hamba-Nya.
Kedamaian itu rezeki terbesar mengatasi wang ringgit. Sebab itu bila travel, saya lebih teruja bila dapat masuk ke kampung-kampung orang. Di situlah sebenarnya banyak pelajaran yang tidak diajar di mana-mana. Tentang ketenangan, kesederhanaan, tentang keikhlasan, dan tentang cara manusia saling menyokong tanpa banyak bicara.
Pergi ke sebuah kampung di Mataram, jiwa saya terasa damai melihat suasana sawah ladang di situ. Tidak mewah, tidak juga serba kekurangan tetapi cukup dengan rasa tenang yang sukar digambarkan. Sesekali terlihat orang kampung berbondong-bondong menuju ke majlis perkahwinan, masing-masing mengusung dulang besar di atas kepala sebagai sumbangan kepada tuan rumah mengingatkan pada suasana perkampungan terpencil di Malaysia tahun 70 an, 80 an.
Singgah makan dan solat di RM. Bintaro Jaya. Pak Supir kata Amy Search Isabella pernah makan di sini. Badan masa ni tengah dedar2, rasa lega dapat menghirup sayur bening jagung ni. Selain tu saya oder satay. Bila kat sini saya kurang suka makan ayam taliwang sebab ayam dia kurus macam saya (memang asli resepinya begitu, maksud ayam taliwang tu ayam tu ayam sunti sebab tu kecik, selama ni saya fikir ia sebuah nama resepi). Rupa-rupanya yang kat Perth tu “resepi derhaka”( kot ) sebab tu gunakan ayam gemuk tapi sedap giler!. Tu la penderhakaan yg berjaya. Kekeke.
Ok boleh repeat makan di sini lagi next time di Kota Mataram, Nusa Tenggara.
Thanks Makcik ajar saya buat labu sayung. Tapi sayangnya terkejar-kejar masa waktu ni sebab banyak lagi tempat ingin disinggahi.





No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.