Sunday, December 12, 2021

Buli?. Pukul 3.00 pagi rajin pulak buat karangan..

Pukul 3.00 pagi belum terlelap lagi..      Terpandang teman2 blogger menulis.. "Kenapa buli sukar dibendung?".   

Menarik juga tajuk ni.   Jommmm buat karangan 1000 patah perkataan.   Tapi cerita ini general, tiada kait mengait dgn sesiapa, sama ada yg hidup mahu pun meninggal sebab ai pun tak baca cerita yg sdg viral skg ni akibat malas nak penatkan fikiran.  (Boleh ke mcm tu?.  Haha).

Kesan2 buli amatlah menyedihkan ye adik2.    Sebab tu ai pesan juga pada anak3.. jgn pernah buli sesiapa di sekolah mahu pun Uni sebab dunia ini ibarat lontaran bumerang.  Apa yg dibuat akan berbalik pada diri sendiri.. takut2 angin menerbangkan semula bumerang itu terplanting pada anak cucu pula.   Nauzubillahiminzalik.

Antara kesan2nya... mangsa buli mungkin akan mengalami pelbagai gangguan psikologi, termasuklah kemurungan dan hilang keyakinan diri. Lebih buruk lagi  mungkin akan cenderung untuk membunuh diri.

Impact terhadap fizikal pula termasuk sakit kepala, gangguan tidur dan sakit perut.

Impact terhadap pelajaran pula, mungkin boleh merosot akibat stress dan hilang tumpuan.

Kesan jangka panjang pula mungkin jadi pendendam. 




Belikan kasut tidak bertali supaya tiada peluang mereka membuli minta pakaikan tali..
*Sekadar pic hiasan*



Faktor buli?.

Budaya yang diturunkan dari senior2 terdahulu, mungkin juga ibarat 'marahkan kutu, rambut dibakar'.  Akibat marahkan senior yg pernah membuli, adik freshie pulak yg jadi mangsa.  

Persekitaran yang kurang tersusun, unstructured settings such as the cafeteria, padang, tempat2 tersorok.  Tiada kelengkapan CCTV.

'Tall poppy syndrome'.    Dimelayukan bermaksud memangkas pohon2 popi yang tinggi supaya sekata sesama mereka, tiada yg lebih tinggi.   Akibat tak puas hati dgn seseorang yg membuat dia insecure (mungkin lebih genius, lebih hensem, lebih ayu dsbnya)... pembulian pun berlaku supaya mangsa terus malap tidak bersinar lagi.


Penyelesaian?.   Just my personal opinion je ye.  Jika tak sesuai.. anggap lah ini sbg hiburan semata.

1).   Pelajar haruslah laporkan pada ibu bapa supaya perbincangan aman dapat dijalankan antara parents dan pihak sekolah.  Kalau kat sini antara solutionnya ialah tukarkan kelas.    

2).   Sessi kaunseling terhadap pembuli.   Mungkin jika kena dgn caranya akan berakhir dgn perdamaian.

3).   Jgn cun2 sgt supaya tidak dicemburui.  Haha.  Gurau je.   

4).   Jalan damai antara dua keluarga (pembuli dan mangsa).   Slow talk..  Biasa kalau libatkan org tua, mungkin cair sikit kot hati tu dari nak membuli anak orang.   'Tak kenal tu yg tak cinta.'

5).   Belajar seni mempertahankan diri supaya tak senang kena buli.   Muka tu biar nampak confident sikit, jgn takut2 atau menakutkan.


6). Meningkatkan kesedaran tentang keburukan buli kpd komuniti sekolah dlm perhimpunan atau program2 serta bunting2.

7). Mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni dan positif dgn memaksimakan keselamatan dan mewujudkan AJK Sokongan Pelajar. Menggalakkan perhubungan yg sejahtera dan hormat menghormati.



Akhir kata.. moga anak3 kita semua dipelihara oleh Allah SWT dan hidup aman sentosa walau di mana pun berada.   Kasihani lah orang2 yg dibuli, mereka adalah orang yg bermati-matian disayangi oleh orang yg melahirkan mereka.  Bear this in mind ye.


Note :-

Whenever you punish somebody you are punishing yourself.

Whenever you torture somebody you are torturing yourself.

There is nobody else.

3 comments:

  1. saya setuju persekitaran pun memainkan peranan dan ibubapa

    ReplyDelete
  2. Budaya/Trend ini susah nak hilang. Kena fikirkan solusi baru. Mungkin 'grouping'kan berlima paling kurang dari hari pertama agar masing masing ada bff selain kawan biasa... Belum cuba cara ini

    ReplyDelete
  3. Buli mental lagi sakit.
    Jangan galakkan. Kalau nampak banteras daripada awal.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.