Sunday, January 9, 2022

Cerita Boxing Day 2021 dan beg

Sehari sebelum boxing day,  tetiba dikejutkan dgn satu kes covid dan pemakaian mask diwajibkan semula setelah sekian lama zero case.   Cuaca pula 42 degree.  Faktor2 ini mengakibatkan boxing day 2021 tidak begitu mengujakan, mall menjadi agak lengang. Tambah pulak kawan2 di tanahair sedang berdukalara akibat banjir waktu itu, memang timing kurang mengena.

Anak3 juga tak nak join sebab terlampau panas, cuma si bujang ai je ikut sebab nak beli baju.

"It was unbearably hot!!  I feel like I was melting.."

So apa pula yg ai beli?.

Sekadar beli seketul beg pun nak dijadikan entri kan?.   Ini untuk "masa depan beg" ini sebenarnya.   Kot mana tau anak3 ai nak jual semula koleksi mama mereka, senang untuk dirujuk.     Apatah lagi bila kawan ai pelik dan meragui kenapa beg ini dibungkus dgn beg kertas saja Sam.. bukan dust bag?.    





Ya tak ya la kan guyss...    Last 2 years ai beli Coach dpt "shopping bag" cecantik (walau pun dah buang sbb menyemak bilik).  Napa tahun ni cuma dibungkus dgn beg ala2 bungkus berkat je?. Mungkin mereka sedang mempromosikan kempen "sustainability" kot. Penggunaan beg kertas mampu menyumbang sekurang-kurangnya 25 peluang  pekerjaan di Australia.  Ini kerana, mereka tidak perlu mengimport beg plastik lagi.

Esoknya my other friend call.. rupa2nya dust bag kena request.   Ah malas ai nak pegi semula semata2 nak mintak dustbag untuk sekadar beg yg sekecil ini dgn keadaan covid sedang muncul waktu itu.  (Now dah mask off kecuali utk pengguna public transport atau beberapa keadaan.  Alhamdulillah).






Walaupun cenonet tapi ai puas hati dengan belian kali ni sebab kena dgn jiwa.. lagi pun ai belum ada lagi belt bag dalam koleksi.    

Boxing day 2 tahun lepas beli brand yang sama di factory outlet yg sama.. tapi waktu itu ibarat macam "terpaksa" dan tergesa2 disebabkan orang terlampau sesak.   Nanti kalau dah boring.. kita jual yg tu plak ye anak3 sebab dah jarang pakai.   Hihi..





Boleh diikat di pinggang atau juga selempang.


Singgah juga ke Mimco, Furla, Kate Spade, (Fossil je tutup kat area tu).  Buat pertama kali jalan2 tanpa ngopi sebab fobia covid.  Bawak bekal air mineral.   Once bayar je beg.. tros cepat2 balik.



1 comment:

  1. Sana ada kes, kuatkuasa pelitup muka rupanya.
    Hehe saya pakai beg sampai kulit tertanggal.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.