Friday, July 15, 2022

Diganggu Hantu Stylo 😈

Lama tak buat cerita seram misteri nusantara.  

Berjalan di mall meneman budak yang dah lama teringin ke sana. Acapkali ternampak kasut pink di rak display, minda dibayangi cerita seseorang malam tadi.  Sepatutnya ia sebuah kisah seram tapi bertukar jadi lawak pulak bilamana  si ibu memberikan gambaran rupa hantu yang ditemui anaknya di sekolah.    

Jam di mobile phone menunjukkan ke angka 12.00 mlm ketika mendapat text itu. Ai dah lena dibuai mimpi.  Jarang beliau wassap malam2 buta kecuali hal penting, jadi dalam mamai2 ai pun view dan reply.

"Cuba mandikan dia dengan air garam.".   Saja2 lah ai suggest takut2 anak kecilnya itu masih dalam mood terkejut.   

"Bagaimana rupanya (hantu itu)?".   Ai tanya lagi.



Photo sekadar hiasan ye.. sebab bukan berlaku di sini.  Cantik rainbow.


"Makhluk tu berbaju hitam berkasut pink. ".   Balasnya.   

"What?".    Dalam hati ai.    Stylo pulak hantu milinium ni, pandai pulak berkasut pink.   Dibawa arus kemodenan gamaknya.. dah bosan berbusana putih.

Di Jumaat yang mulia ini kami doakan moga semuanya baik2 saja dan hantu stylo tersebut berhenti untuk mengganggu anak beliau lagi.    Aamiin YRA.      Risau juga mendengarnya cemana plak anak sekecil itu bleh berbual2 dengan makhluk yang tak nampak, dan ia disahkan sendiri oleh gurunya.   Kau ado?.     Ai tak ado.



4 comments:

  1. Seram pula. Mungkinlah hantu itu mempunyai kasut merah jambu.

    ReplyDelete
  2. next hantu pun dah pandai make up sbb sewaktu hayatnya rajin tgk MUA buat make up kat TikTok ahaksss

    ReplyDelete
  3. Penangan tiktok agaknya, hantu pun dah mula berfesyen. Tapi kenapa kasut pink?

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.