Cuma dapat hantar wakil je ke majlis persandingan anak arwah kawan sebab masih di overseas. Arwah adalah kawan sekolah masa kat TIJB.
Kepergian arwah memberi kesan yang mendalam. Masih terbayang2 text2 yg dikirimkan. Masa tu ai baru sampai kat Perth ni.
"Nanti majlis anak I you datang tau Dear. U jadi wakil...". Ujarnya bersungguh.
Anak2 belum ada yg bertunang lagi ketika itu, masih muda remaja tapi doa ibu ternyata tiada hijab. Lepas sorang, sorang lagi berkahwin.
Sebenarnya masa tu ai pun tak faham maksud "wakil" adakah jadi wakil meminang atau apa?. So ai pun.. ok InshaAllah.. tapi sudahnya majlis terdahulu pun ai tak dapat pegi. Jadi, untuk kali ni ai try tunaikan.. walaupun sekadar hantar wakil. Harapnya Arwah dah tersenyum untuk ai di sana. Di Taman2 Syurga. Aamiin.
Majlis telah berlangsung di Dewan Muafakat, Bukit Dahlia. Pasir Gudang.
Miss U Za, anak Za cantik macam Za. Moga kedua mempelai berbahagia hingga ke Syurga. Aamiin YRA.
p/s. :. Ya Allah aku telah redho atas kepergian sahabatku ini. Maka Kau gantilah dgn yang lebih baik. Aamiin.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga semua amal ibadat semasa hayatnya diterima Allah
ReplyDeleteAamiin. Thanks Ammi.
DeleteAl-fatihah... semoga dipermudahkan alam rumahtangga pengantin baru
ReplyDeleteAamiin. Thanks Kakmim.
Delete