Monday, January 16, 2023

Neurographic Art Hilangkan Trauma

Tak tau lah sejauh mana keberkesanannya.  Dikatakan ianya mampu menghilangkan trauma, anxiety dsbnya  atas izin Allah S.W.T.    Ok juga. At least untuk mengelakkan diri dari tertulis masalah di sos med atau bercerita pada orang yg salah.

Seni neurografi (neurographical art) ialah satu kaedah untuk mengubah ketakutan dan kecemasan hati kita menjadi sesuatu yang lebih mendamaikan dan menenangkan. Ia dicipta oleh ahli psychology Rusia, Pavel Piskarev pada tahun 2014.

Caranya ialah.. ambil marker dan kertas.  Tulis di belakang kertas itu apa yg ingin anda luahkan.  

Now. Boleh mula melakar sambil menjerit (jgn kuat sangat pulak, terperanjat jiran).   Maka terjadilah lakaran mengikut rentak jeritan anda itu.  

Tak semestinya perlu menjerit pun.  Ini sekadar contoh saja.  Nama pun luahan kan?.



Setelah itu, jika terdapat biku2 tajam di antara garisan2 yg bersambung itu, tumpulkan (dengan melakarnya sekali lagi hingga menjadi cembung).   Ibaratnya yg tajam2 itu adalah masalah anda, maka kena buang.

Dicadangkan lepas siap semua lukisan neurographic itu, warnakan cantik2. Boleh juga dichanting menjadi tudung.  Setiap kali orang pakai, anda pun teringat.. "Kecemasan dan ketakutan anda bukan lagi kelemahan kerana telah menjadi perniagaan.".    MasyaAllah.

Oh ye... ai bukan pakar untuk bidang ini, sekadar memblogkan apa yg ai terbaca.  Boleh tulis di ruangan komen jika anda ada pengalaman dengan ilmu Allah yg unik ini.


4 comments:

  1. Baru saya tahu. Boleh cuba. Pertama kena tulis luahan. Lepas itu lakar sambil jerit. Lakar itu apa-apa jenis lukisan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA - Ya. Tapi mostly berbentuk lengkungan (gelungan panjang).

      Delete
  2. Happy Birthday 15 Jan. Pn Sam. Semoga Allah sentiasa merahmati mu

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.