Monday, February 27, 2023

Reunion Pembuka Pintu Kecurangan?

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera.

Bersempena Google Ads dah approve ni, kita update la blog.  Ni pun atas khidmat nasihat You Tuber terkenal.. Mat Som Sadona supaya masukkan ads kat blog ni dari terbiar.  Haha.  

Lama ai senyap.  Ai kat Malaya. Baru balik reunion sekolah.  So saja up tajuk ni sekadar bikin panas.   Mungkin ia membahayakan "over thinker" di luar sana and not good for their mental health. But sorry.... don't worry, we're here to make you guys happy.  Jadi kita cerita dari sisi pandangan yang positif ye.


Last minute oder  (untuk reunion tersebut).. sebab hubby beri pelepasan pegi reunion pun last minute.   (Thanks hubby.   InshAllah ai tak cari lain.  Haha.)  Oh ye.. kami oder frame kufi ni dari Muhammad Jihad Eyat.. (boleh google fb beliau) atau klik di link ini.   Terima kasih kakak ai, Ustazah SA malam-malam buta ikatkan reben segala bagai.  Jasamu dikenang.


Menang best dress.  Thank you guys.  Tak sia2 hubby teman shopping kat Alamanda 3 hari 3 mlm.



Menginap di rumah kakak.  


Ok.. berbalik pada topik tadi tu.  Semua terpulang pada diri masing2. InshAllah jika kita pandai menjaga ikhtilat, kecurangan kerana reunion itu tidak akan berlaku.  Tambah2 lagi di usia yg rumah kata pegi.. kubur kata mari ni. Alhamdulillah AJK pun bijak.. kerusi berasingan lelaki dan perempuan.   Thanks Dot and team members.

Kecuali kalau memang dah dirasuk syaitan.  Nauzubillah.  BTW... yang berlaku pula sebaliknya sekarang ni.  Reunion di usia senja ni lebih banyak memberikan keinsafan.  Mungkin sebab ai menginap di rumah Ustazah kot?.  Bilik tu dah dibaca-bacakan supaya ai insaf.  Kah kah kah.

Aura-aura 'halim' (warak) dari sahabat2 Syurga yg ditemui di event tersebut rupa-rupanya memberi impak pada diri.. balik tu terus muhasabah diri terasa diri begitu kerdil nak dibanding dengan penghijrahan mereka especially yang dah berniqab dan berbual pun menundukkan pandangan.  Juga yang lain2 yg dahulunya "nakal" now dah mendekatkan diri pada Illahi.  Masyallah. (Nanti kalau U guys masuk Syurga dulu dari ai.. ingat2 ai tau).


"Best kan Sam.. dulu kita tak de ex bf sekelas.  Datang reunion tak perlu nak control ayu.".  Ujar kawan ai yg faham sangat ai mcm mana.


Hahaha.  Yess!! Indeed.   Alhamdulillah.  Ia 1 kelebihan. Tak de nak malu2 kucing segala bagai.  Tak de ser ser ser.   Cuaca panas berdentum, make up cair, muka kilat pun kita masih cool lagi.

Antara fadhilat lain dari pertemuan ini ialah mengajar kita lebih meghargai apa ada nya dan  menyedari rupa2nya kebahagiaan itu bukan hanya wang ringgit semata.   Selain berpeluang memohon ampun dan maaf atas kesalahan-kesalahan lalu.

Thanks kepada AJK yg menjayakan majlis ini.  Worth it sangat dapat datang dan fly jauh2.. bila kehadiran kita dihargai sampai ada yg menangis2 terharu.  



p/s. :.  Kalau kita dikatakan pernah cun.. ia harus seiring dgn akhlak kita.  Jangan buat yg bukan2.. nanti luntur pulak kejelitaan kita. Khe3.  Kalau anda seorang suami pula.. jgn ngorat2.. nanti isteri anda pula dingorat orang.  Wallahualam.   Tapi begitulah selalunya resmi alam.



2 comments:

  1. SA setuju dengan tajuk diatas..pokok pangkal kat hati sendiri...kena ingat siapa diri kita dan status kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA - Moga Allah memelihara iman kita semua dan dilindungi dari dugaan yg sebegitu. Aamiin YRA.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.