Thursday, March 2, 2023

Banjir Gelombang Kedua

Innallillahiwainnailayhirojiuun. Gelombang kedua banjir melanda sekali lagi. Pendek kata, peluh yang menitik membasuh rumah belum kering lagi, ujian itu muncul lagi sebulan selepasnya.     Allah sayang sangat mereka la tu.. dan juga ai.. sebab ai yang terdengar ni pun ikut termenung memikirkan nasib saudara mara dan handai taulan.  



Keadaan terkini.



Ini situasi kampung itu minggu lepas masa ai datang untuk reunion.  Batu-batu kerikil depan rumah kakak masih lembab2 kesan2 banjir sebelumnya.  Akibat basahnya bebatuan, menjadikan ia berat untuk dilalui lantas bergegaran bunyi luggage yang ai heret memecah kesunyian malam  menuju banglo  besar mereka malam itu. Terkejut agaknya jiran-jiran.  



Pusat Pemindahan Banjir 


Kakak ai mungkin tak pindah PPS kot.. sebab beliau ada "rumah atas"  yang sengaja dibina untuk tujuan itu.  Tapi sebilangan kawan-kawan ai yang lain telah mula berbondong-bondong menginap di kemah2 yang dibina dalam ruang sekolah lama kami nun di atas bukit.


Well, tiap takdir yang berat sebenarnya ada manisnya di hujung.  Mungkin tak la nampak dalam  setahun dua.. tapi puluhan tahun selepasnya. (Base on my true story).   Ramai tertanya-tanya macam mana ai boleh rapat dengan kawan-kawan sekolah dari pelbagai aliran, padahal kami bukan sekelas.  Semuanya sebab BANJIR!.   Tidur sebantal, makan sedulang di "dorm" (Pusat Banjir Sekolah).   Tu la sebabnya hingga sekarang ukhwah masih terjalin dengan baik.  

So.. in conclusion.   Yang pahit akan manis akhirnya.  InshAllah.  Aamiin YRA.


2 comments:

  1. Sini hujan lebat dari hari Selasa petang sampai Rabu petang. Lepas itu kejap ada hujan kejap tidak.
    Itulah hikmahnya ada cuma nampak tidak nampak atau cepat atau lambat.
    Lama tidak lawat sini. Hehe harap tidak dilupakan teman blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA - Ya la kan.. masing2 sibuk. Ni update blog pun selang seli dgn buat kerja.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.