Monday, March 6, 2023

Banjir Di Seri Medan semakin buruk

Innalilahiwainnailayhirojiuun. Keadaan banjir di Seri Medan, Batu Pahat, Johor semakin teruk.  Ia adalah yang terburuk sepanjang saya dilahirkan ke dunia.    



Keadaan Pekan 2 hari lepas.



Rumah kakak, 2 hari lepas.. hari ni mereka dah pindah.  Kalau sebelumnya mereka masih boleh berharap pada  "rumah atas" yg dibina untuk tujuan banjir, tapi sekarang rumah tu pun dah dipenuhi air.   Sekarang rumah Kak Long yang menjadi port perpindahan tu pun air dah mula naik ke beranda.   Jalan ke kampung tu pun dah putus.    Harapnya ada pokok2 sayur tepian rumah.



Parit Warijo




Begitu juga teman-teman saya yang lain.   Pelbagai pancaroba yang terpaksa mereka lalui  bila mana PPS (Pusat Pemindahan Sementara) di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati juga turut banjir dan mereka terpaksa dipindahkan pula ke Yong Peng.   Kalau Yong Peng pulak banjir, mungkin pindah ke Ostrolia plak kot.   Nauzubillah.   


Begitu la bayangan kedasyatan banjir di Johor pada kali ini Puan2.  Takziah kepada mangsa banjir di Jalan Nittar pagi ini.  Perempuan berumur 23 tahun dari KL yang hanyut bersama keretanya.


Nothing much to say.. Moga kita dapat doakan semua mereka ini.   

Nota :.   Some of the pics are credited to my friend.  Ella.


1 comment:

  1. betul tue... bertabahlah mangsa banjir ... semoga dipermudahkan segala urusan ... aminnnn

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.