Tuesday, March 14, 2023

Malaysia dari kacamata seorang perantau yang baru balik?

"Berapa lama you cuti kat Malaysia?".   

"Eh!.   Ai baru sampai dah sibuk tanya berapa lama.  Suka hati ai la berapa lama, ini negaraku yang tercinta, nak sampai kiamat kat sini pun boleh."

Kah kah kah!.

Gurau je.  Tak kan la ai jawab cenggitu plak uollzz, macam orang tak sekolah pulak.  Setakat ni  ai ok je dengan sebarang soalan.   Sesaja je buat intro yang mengundang.



Free public transport di area KL, tapi kalau nak rush.. tak usah la naik.. nanti anda akan berdiri dlm penyesalan.
Memang kagum lah kami semua untuk yang sabar menunggu jam selama ni.


Dulu pernah orang bertanya..  "Apa yang menarik di sana (negara orang)?".

Ai jawab.. orang-orangnya.   Mereka berbudi bahasa dan peramah.   (Bunyi macam orang2 di negara sendiri tak ramah pulak,  harus kang ada yang lada mulut ai ni baru tau).  Well, baca sampai habis sebelum petik cili tu ye.


Sepulang ai ke sini lepas pandemic, rupa-rupanya banyak perkembangan positif yang ai nampak dari sudut itu.   Ai rasa macam Malaysia dah dibanjiri dengan orang-orang yang terdidik.  Di mall, di pasar tani, pasar malam..  semua menyapa mesra dan professional........  dan anehnya mereka semua panggil kita "Puan".   Maksudnya mereka dah level2 oberseas yang mana bila jumpa customer idok ler buat customer tu jadi down pulak dipanggil nenek segala bagai.    Kah kah kah.   (Throwback :  Back then.. Ada ke patut  ketika tu ai baru 30an, datang sekolah anak.. Cikgu panggil ai "Makcik" padahal baya2 ai je).  Ish ish ishh.. apa lagi.. tak lama lepas tu ai terus tukarkan anak ai ke overseas.  (Tipu.. tak lah.. itu bukan alasan sebenar.  Kebetulan je tros pindah).


You know kan kalau kat Aussie kita semua ni dorang panggil nama je, atau kalau tak kenal.. dorang akan panggil "Ms" tu yang dok perasan muda je duduk sana.    Bayangkan la kalau tetiba balik sini peniaga-peniaga kat pasar tetiba panggil kita "Makcik" mesti la agak kejutan budaya jadinya untuk orang-orang yang baru balik dari London ni.   Baik-baik nak beli terus tak jadi beli.  Nak beli 10 terus beli secubit je sebab nak cepat-cepat balik rumah belek cermin tengok betul ke muka dah tua sangat.  Haaaaaa... (Ini contoh saja ye).






Antara perkembangan positif yang lain ialah  dah kurang salesgirl yang mengekor kita ketika membeli belah yang boleh buat kita trigger hingga macam nak pijak je kaki dia dengan high heel sebab rajin naw mengekor kita ke mana-mana mengalahkan bayi-bayi belum cerai susu mengekor emaknya.   Tidak dinafikan  masih  ada, tapi selalunya ai tak akan berlama-lama di kedai seperti itu kecuali barang jualannya tersangat cantik hingga tak boleh move on.




Best jalan ni. Mendamaikan.  




Sekadar gambar hiasan, tiada kena mengena pun dengan entri. Sebuah Pasar Malam di Muar.   Tu yang dapat beli donut red velvet tu tadi.   Alhamdulillah lembut gebuz.


Moga segala perkembangan positif yang dah disebutkan tadi berkekalan hendaknya.   Ai percaya.. behind every successful country there is an unforgettable teacher/lecturer/leader (sifu) atau sbgnya atau mungkin pembacaan yang berguna yang telah membentuk jiwa mereka.  So, dari penilaian positive ini apa yg boleh ai kata ialah.. "kudos to them." and alhamdulillah.


p/s.  Sekadar sebuah pendapat peribadi.


2 comments:

  1. Alhamdulillah Kak Hjh (lebih mesra) selamat sampai di tanahair.. Tergelak baca "mengalahkan bayi-bayi belum cerai susu mengekor emaknya."

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ - Yess lebih mesra panggilan itu sbb U mengingatkan I pada jiran I kat Aussie.

      Haha.. sbb anak3 I masa blom cerai susu begitu la perangai mereka, kita pegi bilik air pun nak mengekor.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.