Monday, April 3, 2023

Tapak Bazaar Ramadhan Percuma

Alhamdulillah di atas semangat berniaga insan-insan di luar sana.  Moga Allah permudahkan.




Cadangan seorang artis supaya sesiapa nak berniaga di bazaar ramadhan kena audition masak dulu depan juri-juri professional,  pada ai boleh dipertimbangkan.  Panggil lah Chef2 handalan untuk jadi Pengadil. Dah lulus, sedap dan bersih baru boleh dapat tapak free yang dicadangkan oleh beliau tu.    Kira sapa yg dapat bisnes kat tapak free tu memang dasyat giler lah masakan mereka tahap 5 Star Hotel!.   Tak semena-mena prestij mereka pun meningkat di mata donia. Ha githew!.


Tapi my suggestion, pelanggan yg nak  masuk bazaar tu haruslah kena bayar RM3 uollzzz untuk mengelakkan kesesakan.   So.. tak de la yg sesaja datang melenggang buat reunion kat tengah jalan semata.  Dah kena bayar entrance fee mesti mereka akan membeli.


Motif supaya tapak diberi free kepada peniaga sebab difahamkan harga makanan naik meletup2  sekarang ni berpunca sewa tapak yg mahal.. sampai ada yg buat lawak nak bawak geran tanah jika pegi bazaar.  Haha.  Lawak2 pulak netizen sekarang ni buat throll.






Sukati la situ.  Ai nak cerita pasal belian ai plak.. walau pun ai sekadar cakap dlm hati je tu ari (paling2 pun up kat IG story).. nampaknya penjual kek gula hangus tapi kek bau telur macam makan ayam hidup2 ni dah tak jual lagi kek ni di bazaar.  Bagus la cenggitu.. at least beliau menyedari kekurangannya dan menjadikan ianya pelajaran.   Next time buang pusat telur tu ye Dik, jgn lupa bubuh esen vanilla.


Harapan saya  moga peniaga2 juga solat dan baca lah bismillah ketika memasak.  Banyakkan berselawat.. Moga masakan anda bertambah lazat.


p/s.  :.    Bagaimana dengan anda, berbuka beli di bazaar atau masak sendiri?.

1 comment:

  1. sepanjang 15 hari ramadhan ni baru jumaat lepas je membeli di bazaar sebab husband tk sempat nak masak dek sibuk menjemput anak teruna balik dari asrama... tp harga di Seremban takdelah kayangan sangat dan kita pun belilah berpada2

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.