Thursday, July 6, 2023

Dah ambik pinggan makan baru tersedar tersalah majlis kahwin orang.

Assalamualaikum.    

Selama ni sekadar terbaca cerita orang  je, tak sangka pulak mengalaminya sendiri.  Haha. Majlis sebenar di Bangi  Avenue Convention Centre tapi tersinggah di Bangi Convention Centre.    Backdrop pulak terlindung oleh tetamu2 yg berselfie, jadi tak nampaklah nama tuan rumah di situ.    

Sebaik melangkah masuk ke dewan, wakil2 tuan rumah  menyapa mesra dengan ramah sekali dan mempersilakan kami ke ruang makan, so dengan keyakinan tanpa was2 kami pun beratur lah ke ruang buffet.



Sejurus saja duduk dan pinggan makan diletakkan di meja, keraguan mula menerpa.  Hubby  dan my MIL  tertanya2, tak kan sorang saudara mara pun tak de yg datang.   Tetamu2 semuanya tidak dikenali langsung.

 


Hubby bingkas bangun untuk bertanya dengan tuan rumah, sementara kami pun duduk statik standby tak jadi nak makan.  Sekiranya benar salah rumah (dewan) kami kena segera tinggalkan majlis, haram makan sebab bukan ahlil jemputan.

Ternyata betul.. dah salah rumah.  Astagfirllah.  Kenangan yg memalukan!.  Hihi. Tapi berjaya dicover sebab wakil tuan rumah minta kami makan je macam biasa, jangan malu2.   So.. kami ok2 je... idak ler tersipu2.




Sebelum balik kami "salam kaut RM" seadanya macam biasa pada wakil Tuan Rumah dan diberinya door gift ini.    Alahai terima kasih lah.  Sedap pula brownies tu.

Mengambil kesempatan ini, blogger Miss Mirror dan family (kami datang bertiga) memohon maaf pada tuan rumah atas kesilapan yg tak disengajakan ini.  Diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Razik dan Fatimah moga berbahagia till Jannah.  Aamiin YRA.




Ini lah yg sempat kami jamah ketika itu.



Akhirnya dah petang baru kami sampai ke lokasi sebenar di Bangi Avenue Convention Centre. Alhamdulillah.  


5 comments:

  1. ohhhhh myyyyyy... hee heee.. Alhamdullilah tuan rumah sporting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deqsu - hahaha... tu la, nasib baik tuan rumah sporting.

      Delete
  2. Astaga MM hahaha... so far sy blom kena lg mcm ni kak... tp selalunya tuan rumah kalau ada org tersilap majlis diorg x halau pun cuma kita je terasa malu sendiri kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mim - akibat dah lama tak pegi jemputan Malaysia. 😆

      Delete
    2. Kena praktis balik ni 😂😂😂

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.