Monday, July 10, 2023

Random Photos Kepulangan Anak Sulong

Raya haji yg lepas lebih bermakna bila mana Ain juga turut pulang ke tanahair.   Kepulangannya kali ni berbeza sebab telah bergelar isteri orang.     Menitis juga air matanya setelah dapat memeluk Atok di airport.   Bertahun2  terpisah benua.

Sekadar random photo mengimbas kembali aktivitinya selama di tanahair.


Dinner with her Mama Wa, Ayah Ha, Tasha, Atok & her dad di Kay Ell.


Thanks kepada yg memberikan present kepada menantu ai di Aussie.   Alhamdulillah ramai yg sayang.    Moga bertambah handsome dan sukses!.  Aamiin.



Walaupun tersilap book hotel (salah Ain) tapi ok juga buffet di Meridian ni.



Alhamdulillah.  Ain masih mampu berbahasa Melayu dgn fasih (inshaallah.. sbb dari kecik dah makan belacan) cuma tatabahasanya agak pelik sikit setelah lama sgt tak balik. Ciku ni pun dia kata buah chicken.    Ada ketikanya ai terpaksa juga jadi Interpreter tak berbayar bila dia ingin berkomunikasi dgn orang2 tua supaya tak timbul salah faham dlm perbualan.



She is always daddy's little girl.  Pasti ayahnya lah insan yg paling gembira bila dapat berkumpul dengan anak, solat berjemaah dgn anak.   Malam tu sampai 2 buah kedai kami singgahi untuk makan dan "meeting".   Hari2 lain agak sibuk, Ain pun 'sibuk'.


Sekali sekala balik aktiviti wajib pastilah menjejak semula kawan2 lama dia.   

Mama pulak yg terlebih2   happy (lebih sudu dari kuah) bila Ain dapat reunion dgn kawan2 lama dia di Malaysia.  Dari dorang kecik Mama "follow" persahabatan mereka ni sebenarnya.  Tu yg Mama pun ikut eksited.  Alhamdulillah.. walaupun mungkin mereka tak selalu in touch tapi yg Mama nampak semuanya masih ramah mesra seperti dahulu.   

Mama doakan moga semuanya terus sukses.  Aamiin.

11 comments:

  1. Teruja sebab lama tidak jumpa.
    Kena asah selalu cakap BM.

    ReplyDelete
  2. Happynya.. bila dh lama x jumpa happy mst lain macam kan? Lama dh ain stay di oversea kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mim - happy plus nervous balik Msia dia kata.

      Delete
    2. Aiseyman balik ke tanah air sendiri pun neves... hehehe

      Delete
  3. Kepulangan anak memang sesuatu yg amat dirindui apatah lagi kalau jauh huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT - ha'ah.. bersyukur ke hadrat Illahi, masih diberi peluang beraya dgn anak walaupun dia dah bersuami.

      Delete
    2. yg penting anak masih dalam pandangan mata mak dan ayah .. tak kesah jauh mana tapi di mata hati tetap ada di depan kan :D

      Delete
  4. Alhamdulillah . Dpaat bayangkan betapa rindu sangat kan ..

    I"m new followers your blog . Salam kenal

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.