Thursday, October 26, 2023

Dah lama tak cerita pasal memancing.

Aktiviti memancing ikan jerung di sepanjang pantai Perth bakal diharamkan mulai minggu depan (3 November 2023), berikutan desakan org ramai untuk menghentikan amalan yang membawa pemangsa hampir ke pantai.    Berita terkini Perth.

Well.  Bukan suatu masalah besar pun sebab Encik Suami pun dah lama tak pegi memancing. Kadang ai pulak yg rindu  untuk sama2 berkemah di pantai macam dulu2, awal pagi baru balik dengan  secawan cappucino di tangan masing2, badan menggigil2 kesejukkan  sengaja diabaikan demi melihat ayah pada anak3 ini bahagia dengan hobinya, hingga akhirnya diri sendiri pun sebati dan immune.  Demi untuk mengikut rentak hobinya itu, kadang ai sekadar menebar tikar di perpasiran bersama anak3 dan menghitung bintang di langit dan jarum jam berharap cepatlah masa berputar.   Ada ketika berjalan keluar masuk kedai2 baju berdekatan hingga jemu.. jika aktiviti memancing dibuat di siang hari.


motif penulisan :   Supaya suami ai kagum (dgn pengorbanan isterinya.. lantas belikan ai handbag LV.   Aamiin.  🤣🤣).


Masa berlalu.  Sekarang masa terbatas.  Tak sempat untuk memancing lagi. Mungkin juga sebab dah penat.  Sama ada ai ingin mengucap syukur atau sebaliknya, ai sendiri pun kurang pasti. 😁😁.  




Tak payah nak jelez sgt, ni pix throwback je.. beberapa tahun lepas di Landsline.  Tahun ni belum sempat makan lobster lagi.   Nak cari pix untuk sesuaikan dgn entri tapi tak de.





Bercerita pasal orang memancing ni tetiba teringat, semalam terbaca 1 confession dari 1 page ni.  Tajuknya tentang rahsia lelaki, so khusus untuk lelaki je meninggalkan komen demi menyuarakan isi hati mereka yg selama ni isteri tak tahu.  Sorang lelaki ni menulis...   

"Tak ramai isteri yg tahu. Lelaki kalau sering keluar memancing, sebenarnya mereka sedang berusaha mencari lauk untuk keluarganya." 

Oh ya ke?. Sedih plak ai membacanya, didoakan moga dapatlah banyak ikan.   Tapi rasanya tak semua kot.  Ada sebahagiannya sekadar untuk release tensen je... contohnya my hubby.   Sebahagiannya pula sekadar ikut2 orang, sebenarnya mereka tak suka pun (memancing) tapi circle dia semua kaki pancing, terpaksa la layan.


2 comments:

  1. Nasib suami SA apa pun x reti...memancing lagi la..hahahaha...

    ReplyDelete
  2. Tak semua kak 🤣. Suami saya pun bukan tipe yg suka memancing. Dia bisa bosan setengah mati kalo disuruh mancing. Tapi dulu ex saya suka sangaaaat. Nasib baik saya tak diminta ikut. Pasti bosan sangat itu 😅. Saya pun tak bisa kalo harus duduk diam lama macam tuh 😄

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.