Monday, October 30, 2023

Lunch di Ikan Bakar Petai Banjir

Agak2 ni pix terkini atau throwback?.   Biarlah rahsia.  👻

Aritu kedai Ana Petai.. ni Petai Banjir plak.  Actually ni first time ai makan kat kedai ni.    Orang terlampau ramai hingga kami terpaksa berkongsi meja dgn stranger.   Malah ada yg masih mundar mandir dgn dulang makanan di tangan menunggu meja kosong.  Jadi sekarang ni motif ai mempromosikannya lagi ialah supaya orang semakin ramai lantas pelanggan pun terpaksa bawa kerusi lipat sendiri dari rumah.  Hahaha.. (kidding).






Dalam kawasan ni juga ada kedai menjual pelbagai dessert yang kesemuanya my favourite.   Eeeeeee!. Rasa macam nak beli semua je.  Tapi sebab first time.. kita beli sikit je dulu untuk percubaan, lantas membawa pulang seketul pavlova dan 1 container puding diraja.  Ternyata tak mengecewakan.  Next time bleh repeat. Untuk keduanya berjumlah RM15.




Ada busker yg mengalunkan lagu2 nasyid.


Tak sempat snap lauk pauk yg dijual akibat kebanjiran manusia.



Akhirnya ni je yg dibeli sebab malas nak beratur tunggu ikan bakar.  Ada pari, sotong dsbnya.   Mesti sedap la kot.. kalau tak, tak kan la sampai begini ramai orang datang.

Di hujung sana kata ada itik salai yg sedap.  Pun kami tak sempat nak beratur.



First time makan peria katak versi kukus. Not bad.   Ai sandingkan bersama tempoyak dan sambal belacan, memang ngam.   



Lokasi :

Jalan Sungai Ramal Dalam
Kampung Sungai Ramal
40300 Kajang, Selangor




p/s :   Hanya sebuah pendapat peribadi.



4 comments:

  1. Masalah tempat makan bila dah viral kan..pening denan ramai orang..sudahnya kita x dapat apa yang kita nak..sebab tu SA x suka pi tempat2 viral

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA - Tu la.. tak sangka plak tempat ni ramai bila hari minggu.

      Delete
  2. Ini kalo saya datang pas awal mereka buka, harusnya ga ramai kan 😄😄..penasaran sangat. Apalagi ada Kata2 BANJIR PETAI, my goodnessssssss , favorit sangaaat petai tuh 🤣🤣🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - Mungkin kalau takut ramai, datang masa week day, kurang sikit agaknya.. dan boleh la oder petai. 😁

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.