Tuesday, November 21, 2023

Misteri Wanita Berbaju Kelawar Biru

Kawan ai menelefon tadi dari Brisbane.   Bertanya adakah ai telah bertanya pada kawan2 di Malaysia tentang "wanita misteri" yg ditemuinya waktu kunjungannya ke sini.

Oh!.  Alamak!.  Rasa bersalah pula sebab dari aritu berjanji untuk membelogkannya tapi ai masih memikir ayat yg sesuai.

Lawatannya ke negara ini membuka halaman baru dalam siri percutiannya.  Gembira dan teruja.  Melihat pameran-pameran berilmiah adalah puncak kegembiraan yang telah lama dinanti-nantikan bersama suami tercinta.


Namun, keterujaannya tadi tetiba membeku saat bayangan tubuh manusia memerhatikannya dari kegelapan bilik air.  Rambutnya panjang mengurai, kulitnya putih mulus, badannya tinggi dan besar.  Berbaju kelawar biru.



sekadar pix hiasan




Suasana yang tadinya penuh antusiasme berubah menjadi ketidakpastian, seolah-olah wanita yang muncul tadi menyimpan 1000 misteri yang hanya dapat dirasakan oleh mereka yang berani mengurai benang  sejarahnya.



Tersembunyi pertanyaan tak terjawab: Siapa sebenarnya wanita itu dan mengapa dia memilih untuk hanya berbaju kaftan kelawar di tengah keramaian berprestij seperti ini?.    Untuk merasakan dia adalah petugas di situ rasanya tidak mungkin kerana yang lain2 lengkap dengan uniform dan bertudung.



Moga terungkai misteri ini.. dengan lebih dalam, menyelinap di antara artifak-artifak bersejarah yang tampaknya diam, tetapi memiliki kehadiran yang menggigilkan.   Ah saja ai tambah2.   Tidak lah sampai menggigilkan sangat kot.. sebab siang hari.   Cuma sebab kawan ai ni curious sangat nak tahu.. ai layankan je lah.. haha.. dgn harapan akan dapat info yg benar dari teman2 blogger jika pernah ada pengalaman serupa.


P/S :.   Jika itu adalah manusia.. moral of the storynya ialah.. jalan2 jgn berbaju kelawar, nanti terjumpa pelancong macam kawan ai ni overthinking dia 7 hari 7 mlm tak abis2..😆😆


7 comments:

  1. masa tu dia melawat muzium negara ke? kalau di situ mmg selalu saja ada 'perasaan yg x best' dan kalau terjumpa makhluk misteri spt itu rasanya mcm logik jugakla 'dia' hanya nak bertegur-sapa... tp kalau lawatannya di tempat lain wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakmim - Oh I see. Tapi ini bukan Muzium Negara. Tempat lain yg saya pun tak pernah pegi.

      Delete
  2. selalunya kalau yang mistik tak pkai baju berwarna warni...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda - Haha. Logik!. Kecuali Nang Nak.. suka berkemban dgn kain batik.

      Delete
  3. Aiiish, jadi penasaran juga kak 😄. Siapa kira2... Dr bilik air pula. Dulu saya ada asisten pribadi yg punya indera keenam. Bisa lihat makhluk halus. Bertuah punya asisten, tiap saat dia suka kaget kalo melihat makhluk yg seram. Saya yang tadinya tak tahu apa2, jadi ikut takut kan 🤣🤣. Tapi dia dah resign. Saya senang juga, jadi lega tak tahu lagi ttg makhluk halus di sekitaran saya 🤣

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.