Monday, November 27, 2023

Al Fatihah Dan Takziah

Pagi tadi saya ke Pasar Ahad di Aussie ni.  Cuaca Perth tengah panas berdentum hingga malas nak buka phone sebab tangan ralit memegang tudung supaya muka terlindung dari matahari.


Berdebar2 jantung bila terpandang noti dan terbaca..

"Tolong sampaikan pada Sam... kawan dia yang bernama Zarina telah.........".   Tak sanggup untuk menghabiskan ayat itu.

Rupa-rupanya Abang saya, Ustaz Baha minta sampaikan berita tu pada saya melalui Kakak, (Ustazah S.A).   Nak text saya sendiri, beliau tak jumpa nombor.   (Biasa la orang tua).

😭😭.  Innalilahiwainnailayhirojiuun..


Lemah longlai bumi dipijak.  Segera mengatur langkah untuk balik ke rumah.   At least kalau nak menangis pun biar di rumah.





Baru minggu lepas kami bergurau senda di wassap group.    Kami kata muka Ina (Arwah) nampak muda dan malu lah saya nak jumpa Ina kalau macam ni.  Kata saya dalam text tu.

Damailah kau di sana Ina.   Sesungguhnya kau adalah sahabat yg sangat baik.  Selalu buat ku gembira di kala duka.   Sekarang tak ada lagi orang yang nak pantau dan "marah" ku lagi bila aku asik minum iced latte (caffien).  (Arwah adalah seorang Nurse). Ya Allah!. Sedihnyaaa.  Miss all those moments.  

Terima kasih Ina.  I love you.   Bersemadilah dengan aman wahai Isteri Mithali.   Kami akan selalu merinduimu.   

Terima kasih untuk yang sudi sedekahkan Al Fatihah pada sahabat saya ini, Allahyarhamah Zarinasariha Ijom.   Takziah untuk ahli keluarganya.


3 comments:

  1. al-fatihah buat Allahyarhamah Zarinasariha Ijom.. semoga syurga buatnya

    ReplyDelete
  2. Turut berduka cita sedalam-dalamnya.
    Al Fatihah.

    Salam,

    ReplyDelete
  3. Semoga almarhumah kak Ina diberi tempat terbaik, diterangi kuburnya selalu, diterima semua amal kebaikan semasa di dunia .. alfatihah untuk teman Kaka .

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.