Monday, December 18, 2023

Kenduri Kesyukuran Kecil-kecilan je

Ai setuju la juga dgn pendapat Michael Ang.   Bila anak grad, anak lah yang kena "belanja" ibu bapa.. at least minum kopi. Bukan ibu bapa pula yg kena hadiahkan mereka, sebab parents dah byk keluar duit masa belajar.

Hihi.. Mama tak demand apa2 pun dari anak. Meskipun diakui kami ada beri mereka hadiah, namun bukan kerana ingin memanjakan mereka. Lebih kepada penghargaan atas usaha mereka yg telah membuat Ma dan Abah happy.

Terngiang2 dialog yang tercuri dengar antara mereka masa kecik.

"I study hard because I don't want to see dad disappointed
."

Luluh hati ayahnya kalau dengar.. sib baik tak dengar.

Ok.  Dalam budaya kami, meraikan kesyukuran tidak selalu diadakan secara besar-besaran, malah kadang2 tak buat langsung.  Pernah lah nampak dulu jiran2 arwah Mak ai.. hantar makanan dalam daun pisang dibentuk segi empat.  Bila nampak tu.. tau lah tu, petanda ada org yg sdg diraikan.


So kami pun guna cara yg sama, sekadar menghantar "punjungan" ke rumah kawan-kawan yang telah berbakti dalam perjalanan membesarkan anak-anak ini sebagai ungkapan syukur. Dengan cara ini ia umpama  menghargai sokongan komuniti yang setia.   

Ini antara menu2 yg kami hantar dalam "punjungan".




Agar2 santan gula melaka my MIL buat. Memang begitu kot cara potongan org dahulukala supaya cepat.  Tapi dari segi rasa memang mantop!.   First buat malam tu rasa terkurang manis pastu esoknya my MIL rebus lagi (cairkan semula) dan tambahkan gula lagi.   Masak untuk ramai org ni memang ada episod try and error.   Critical thinking diperlukan di situ.




Siap dihantar ke rumah kawan2 rapat.   Beg pun tak sempat beli yg cecantik.. sbb semuanya berlaku last minute.   









Antara menu2 lain ialah nasi putih, kari kambing dan ayam embek2.


Sebagaimana lazimnya, result konvo kan keluar lambat, walaupun boleh predict tapi takut pulak nak main predict2, tetiba rupa2nya tak lulus.. hahaha.. Ha guano?.  Kata My MIL, kalau dah tahu awal2, senang... boleh import bunga pahar dari Malaysia. (Kpd followers overseas yg tak faham apa itu  "Bunga pahar", ia adalah gubahan bunga yg mana kita boleh letak telur.   Selalu untuk majlis kahwin).

Walaupun kenduri ini kecil2an dan jauh dari sempurna..  kami happy je dan lega, dari tak buat langsung.    Tu pun 2,3 hari berikutnya ada kawan2 dia yg request lagi.  So, shopping lagi dan masak lagi (ayam embek2).

Sedikit yg ingin ai kongsikan untuk mengembangkan lagi topik ini ialah... cara kawan2 lain di sini (dari budaya berbeza)  meraikan kejayaan anak2 mereka.  Ada yang buat besar2an macam majlis kahwin, pasang kemah, beli kek dan kuih muih.  Bagaimana pun itu semua terpulang pada kemampuan masing2.     

Sekian untuk catatan pengalaman dan pengetahuan am kita bersama.   T.kasih.


10 comments:

  1. masing-masing ada cara bersyukur dan mensyukuri

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap agar2 gula melaka tu...alhamdulillah sentiasa bersyukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. M3A - Alhamdulillah memang sedap MIL buat sampai ada yg tak dapat. ๐Ÿ˜…

      Delete
  3. siap bunga pahar lagi...hihihi...itu pun salah satu tanda kita mensyukuri nikmat Allah...kongsi bersama kegembiraan...semampunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda - Tapi angan2 je tu. Tak sempat pun nak import bunga pahar dari Msia.

      Delete
  4. Punjungan budaya masyarakat kita berkongsi rezeki

    ReplyDelete
  5. Saya jadi tahu bunga pahar ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘. Memang berbeda masing2 tempat dalam merayakan sesuatu kan. Saya sendiri orang Batak Tapanuli. Cara kami merayakan sesuatu biasanya dengan acara UPAH-UPAH. Biasalah kalo ada yg diterima kerja, atau nak umroh atau haji, pasti acara upah2 ini dilakuin.

    Biasanya pakai pulut kuning, dengan ayam yang dimasak campuran bumbu ntah apa aja ๐Ÿ˜„. Tapi rasanya gurih, cocok untuk teman pulut kkuning.

    Cuma event macam nih biasanya Hanya yg masih memegang adat lah.. keluarga suami saya orang Solo, Jawa Tengah. Jadi jujur kami tak terlalu paham lagi soal adat istiadat. Kalo ada sesuatu yg dirayakan, cari gampang saja, makan di restoran ๐Ÿ˜„๐Ÿคญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - Oo begitu. Patut lah saya lihat ada teman Aussie Indo yang bikin acara seperti itu. Thanks for sharing.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.