Alhamdulillah rasa begitu bertuah dijemput merasai gelombang kehangatan dan keramahan yang mengalir di dalam majlis komuniti Aceh, Australia.
Sebaik sampai di pintu mesjid, senyuman ikhlas dan ceria menyambut kedatangan kami, membuat diri tak rasa terasing dan kekok. Ini bukanlah kali pertama mendapat undangan dari budaya yang berbeza, tetapi Aceh ni adalah my first time.
Turut membawa ibu mentua dan ai minta beliau mengenakan apa yang paling selesa sebab cuaca Western Australia sekarang agak panas. Mujur beliau banyak koleksi jubah sutera.
Hubby dan anak ai khusyuk di bawah kanopi sementara ai pula sekali sekala mengajak ibu mentua masuk ke dalam masjid untuk mencari kesejukan dari aircond, tak terduga ia membuka peluang melihat kumpulan wanita yang sibuk menyediakan hidangan. Kenangan manis kenduri kendara masa kanak-kanak tetiba muncul, melihat suasana yg dipenuhi dengan aura kedamaian dan getaran positif dari majlis ini serta reka bentuk mesjid yang ala2 zaman dahulukala.
Sempat berkenalan dengan sejumlah pelajar PhD dari Universiti di sini, yang turut menyediakan hidangan luar biasa hasil kumpulan mereka. Keramahan dan sopan santun wanita-wanita Aceh ini sejajar dengan ketinggian ilmu yang mereka kecapi. Masya Allah tabarakallah, semoga mereka tetap istiqamah.
Rupa2nya, hidangan Aceh juga mirip dengan cita rasa Melayu. Terpukau dengan kelazatan pecel sayur kangkung yang disajikan, serta "rojak lenggang perut" yang ditemani ketulan ais yang segar.
Antara yg disajikan in between. Masa menonton kanak2 bernasyid.
Sempat la pakai telekung yg my bestie hadiahkan ini.
Akhir kata, terima kasih kepada yg mengundang kami. Ia satu pengalaman menarik. Hanya Allah yg mampu membalasnya.
Alhamdulillah.. Lawanya beg telekung tu...
ReplyDeleteLinda - Alhamdulillah.. kan, lawo pulak telekung, dah tak payah pakai beg tgn lagi.
Deletebeg telekung pn dh mcm handbag berjenama.. cantikkk
ReplyDeleteKak Mim - alhamdulillah.. 2 in one.
DeleteOrang menjemput, kita datang turut memeriahkan majlis. Satu pengalaman yang menarik. Rezeki juga dapat menjamu pelbagai hidangan.
ReplyDeleteAzhafizah - ha'ah.. Allah nak bagi pengalaman baru.
DeleteTadi saya sempat bingung ini ACEH Indonesia atau yang lain maksudnya, karena spellingnya berbeda 🤭. Jadi memang komunitas ACEH di Australia ya kak?
ReplyDeleteMakanan Aceh itu sedap. Saha bukan orang Aceh, tapi Batak, hanya saja saya tinggal 20 THN di Aceh. Besar di sana. Jadi memang Aceh itu macam dah ada ikatan. Malah lebih terikat drpd kampung saya di Tapanuli 😄
Fanny - Iya. Memang Aceh dari Indonesia itu lah. Sy pun tidak pasti ejaan yang sebenar kalau ikut Bahasa Malaysia kami. 😅. Kalau salah, harus diedit nampaknya. Nanti sy tanya Mbah Google.
DeleteWah, ada pecel sayur kangkung. Bunyinya sedap tu. Teruja nak tanya mbah google tentang rojak lenggang perut tu.
ReplyDeleteAmie - Ada tu resepi sy dah tulis dlm entri lama. Just click je huruf kaler biru tu. Yummy!.
DeleteWah persahabatan yang luar biasa antara masyarakat Aceh dan Melayu...
ReplyDeleteRupanya ada kesamaan dalam hal masakannya ya Mbak.
Salam,
Titik Asa - Alhamdulillah. Ya. Masakan Aceh sesuai dengan selera kami, Melayu. Memang sama.
Delete