Sunday, January 28, 2024

Lunch ayam kampung di Mak Pah Tom Yam

Dah buntu tak tau nak pegi mana, kami pun lunch di Restoran Mak Pah Tom Yam, Kuala Lumpur.     Next time boleh repeat sebab sesuai dengan selera walau pun simple.



Restoran ni depan kedai batik.



Kami oder nasi putih dan ayam kampung.   Rasa macam nak gigit semua hingga ke tulang terakhir sebab sedap sangat, lemak2 ranggup... tapi takut nanti orang ingat ai ni jin yg muncul di siang hari pulak, makan tulang.   Hahahaha..



Mungkin skg ai dah tak tahan pedas kot,  walaupun sambal hijau ni sedap macam ai buat.. hihi.. tapi sebab pedas dia sampai berdesing ke telinga,   terpaksa ai mengabaikannya dan "mencuri" sambal di pinggan suami sebab masak merah  beliau lebih menenangkan hati.   Sedap giler!.




Meskipun makan tanpa sayur, keseluruhannya baik. Ai beri 4.5 bintang. Kurangkan 0.5 kerana nasi agak kurang lembut (mungkin arini je kot ada masalah teknikal), tapi ai habiskan sampai licin sebab ayamnya yang sedap menutupi segala kekurangan yang lain.    Begitulah analogi kehidupan ini.. jangan takut dengan kelemahan diri, bila ada kelebihan yg lain, pasti yg lain2 tidak akan kelihatan.


Lokasi :-

69, Jalan Haji Hussein, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur



Just my personal opinion.


9 comments:

  1. Bagusnya makan samoai gigit tulang. Saya ini tidak rajin kerkoh tulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA - I wish I could bite them, but I'm afraid my teeth might fall out. 😁😁

      Delete
  2. Replies
    1. SR - Sama2. Mereka pun ada website nampaknya tu utk kita tahu operation hours.

      Delete
  3. sebab tak semua benda perfect... mana part yg agak perfect tu akn menutupi mana-mana kekurangan di sana sini tu.. begitulah kita dan pasangan kan kak... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mim - yesssss!. Tepat sekali. Kalau dah perfect sgt.. dah bukan manusia pulak namanya.

      Delete
  4. Ini dah melanggar hukum sedap sehingga menjilat jari ni. Ke tulang terus pergi dia. Lainkali boleh ulang makan disini. Kalau ada sayur lebih lengkap gitu kan.

    ReplyDelete
  5. Saya nak cobaaaaa 😍😍😍😍😍. Dah terbayang sedapnya kalo sampai gigit tulang 😄. Dari bentuk pun memang kliatan sedap kak... Chowkitt saya pernah ke daerah sana, tapi jarang yg benar2 cari makan.

    July ke KL lagi, semoga bisa nemuin tempat ini ❤️

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.