Friday, January 19, 2024

Pernah nampak orang jadi hodoh kerana masalah hidup?.

Assalamualaikum sidang Jumaat sekalian..

Bayangkan, meski banyak ujian hidup yg telah anda lalui sepanjang hidup di muka bumi ini.. tapi anda masih juga syantik.  Tak pulak bertukar muka tu jadi serigala asbab banyaknya ujian.   Masya Allah.  Nikmat apa lagi ingin anda dustakan?.


my bestie share ni semalam


Sempena Jumaat, kita nak buat entri ala2 ustazah (well.. entri ini juga atas bimbingan dan pemantauan seorang Ustazah).

Puan2, jika ditimpa ujian, mengadulah pada Allah. Itu lebih baik. Manusia hanya sekadar mampu mendengar (masalah) kita, tetapi kehadiran Allah melampaui semuanya itu.  Dia tidak hanya mendengar, malah mampu mengangkat darjat kita  menjadi lebih tinggi asbab kesabaran menghadapi semua ujian2 yang menimpa diri kita itu.   

Muajahah (مواجهة) ialah kita kena cenderung, suka, gemar, rindu dendam, serah diri pada DIA (Allah), tak berpaling, selalu menyebut-Nya.  Cuma ada DIAaaaaaaaa je dlm hati, tiada yg lain.




Balasan muajahah  dpt kemanisan iman, Allah akan bantu  utk ringan beribadah.  Penghujung muajahah, "nur" dari Allah akan didapat.

Ok lah.. itu je pelajaran untuk seorang Sam arini.   Perkataan مواجهة .   Kupasannya perlukan bimbingan lagi, dari orang yang lebih arif.   Tidak hanya sekadar Google ye.  Ia tidak disarankan.

p/s :.    Mungkin ada org yg bertukar hodoh kerana problematika kehidupan, tapi yg nyata bukan lah anda.





10 comments:

  1. Alhamdulillah, terima kasih kak atas ingatannya. Semoga Allah jadikan ujian itu sebagai jambatan untuk menuju SyurgaNya. Ameeeennnn

    ReplyDelete
  2. Dapat tambah kosa kata "MUAJAJAH". Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie - sorry typo la tadi. Jawi dia مواجهة.

      Delete
    2. Ooooh muajahah. Tak apa. Typo itu perkara biasa heheheee.

      Delete
  3. ujian dan dugaan memang x sama untuk setiap insan kan..insyaallah selagi mampu akan hadapi satu- satu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA - Betul. Ujian diturunkan mengikut kesesuaian dan tahap kemampuan para hamba2-Nya.

      Delete
  4. Betul kak. Saya pun tak suka mengadukan masalah ke orang lain. Bahkan terkadang pada suami pun tak nak. Selalunya, jawaban saya dapat kalau mengadu masalah melakui tahajud ke Allah. Jadi dah paling benar, tak usahlah tulis masalah di medsos atau mengadu kepada orang lain. Tapi lain cerita kalo ada masalah lebih berat dan memang butuh expert macam psikiater yaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - alhamdulillah. Jika mengadu sama Allah, selalunya tidak sia-sia.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.