Showing posts with label Tazkirah Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Jumaat. Show all posts

Friday, May 30, 2025

Tafsir Mimpi Bekas Kekasih 😂

Assalamualaikum w.b.t

Dulu ada orang tanya ai, napa dia asik mimpikan pakwe lama, dah la pakwe lama dia hensem giler.  Berulang dan berulang mimpi muka yang sama. Masa tu ai blom dapat jawapan lagi, jadi ai tak memberikan buah fikiran.   Tapi ai tak de lah nak judge dia miang ke hapa sebab bukan dia yang sesaja create mimpi tu.  Kawan ai tu pun helok je orangnya.  Dan orang yg dimimpikan tu pun warak. Masing-masing pula dah berkeluarga.

Pastu… tetiba malam tadi ai terdengar ada someone ni cakap, tak pasti la Ustaz ke bukan.  Tapi macam elok la nasihat beliau tu.   Mari kita fikirkan.



Beliau kata, punca asik mimpi sebab belum bertaubat. Well, bertaubat ni tak semestinya untuk dosa-dosa besar, berzina je ye.  Couple tu pun dah kira “maksiat” kot kan?.    Mungkin dah buat orang gila bayang angkara salah sendiri (tak menjaga aurat dgn sempurna). Mungkin ada jeling menjeling, melunakkan suara dan sbgnya.  Wallahualam.  

 So, sesiapa yang asik mimpi2 ex boy friends tu apa kata banyakkan istigfar dan buat solat taubat sungguh2, sebutlah dosa2 tu pada Illahi mintak ampun banyak2, mudah-mudahan gangguan tu tak muncul lagi.  Elok lah tu Allah beri peringatan melalui mimpi, dari asik tak tenang tapi tak tahu apa puncanya, lagi lah haru.



Friday, January 19, 2024

Pernah nampak orang jadi hodoh kerana masalah hidup?.

Assalamualaikum sidang Jumaat sekalian..

Bayangkan, meski banyak ujian hidup yg telah anda lalui sepanjang hidup di muka bumi ini.. tapi anda masih juga syantik.  Tak pulak bertukar muka tu jadi serigala asbab banyaknya ujian.   Masya Allah.  Nikmat apa lagi ingin anda dustakan?.


my bestie share ni semalam


Sempena Jumaat, kita nak buat entri ala2 ustazah (well.. entri ini juga atas bimbingan dan pemantauan seorang Ustazah).

Puan2, jika ditimpa ujian, mengadulah pada Allah. Itu lebih baik. Manusia hanya sekadar mampu mendengar (masalah) kita, tetapi kehadiran Allah melampaui semuanya itu.  Dia tidak hanya mendengar, malah mampu mengangkat darjat kita  menjadi lebih tinggi asbab kesabaran menghadapi semua ujian2 yang menimpa diri kita itu.   

Muajahah (مواجهة) ialah kita kena cenderung, suka, gemar, rindu dendam, serah diri pada DIA (Allah), tak berpaling, selalu menyebut-Nya.  Cuma ada DIAaaaaaaaa je dlm hati, tiada yg lain.




Balasan muajahah  dpt kemanisan iman, Allah akan bantu  utk ringan beribadah.  Penghujung muajahah, "nur" dari Allah akan didapat.

Ok lah.. itu je pelajaran untuk seorang Sam arini.   Perkataan مواجهة .   Kupasannya perlukan bimbingan lagi, dari orang yang lebih arif.   Tidak hanya sekadar Google ye.  Ia tidak disarankan.

p/s :.    Mungkin ada org yg bertukar hodoh kerana problematika kehidupan, tapi yg nyata bukan lah anda.





Friday, March 24, 2023

Catatan Ramadhan 2023

Ramadhan Kareem!.    Alhamdulillah syukur Allah masih beri peluang berjumpa ramadhan sekali lagi. Orang kata ramadhan selalunya ada elemen2 happy bercampur sayu.  Tapi ai tak nak lah macam tu.  Ai nak happy je.. sebab ramadhan adalah bulan pengampunan, haruslah kena happy.  Mengikut pengalaman ai, kalau dari bulan puasa dah sedih (sampai tak de mood nak raya).. nanti hal itu benar-benar terjadi.  So, ai tak mo cenggitu!.  

Hidup ini singkat.  Tak mo bersedih2!.

(Yang singkat itu hidup tapi yang panjang itu perhitungannya kelak di akhirat.  Huuuuu seram)



gambar tiada kaitan dengan entri


Kesemua kita akan dibicarakan secara berasingan. Semua orang akan menanggung bahana baik atau buruk segala amalan masing-masing.  (Eh!. Tetiba buat tazkirah.  Ya la.. malam Jumaat kannn..)


Bagi setiap zarah kebaikan telah pasti ada baginya jaminan ganjaran. Pada setiap zarah kejahatan yang dilakukan juga pasti akan berakhir dengan pembalasan.  


"Ada yang Allah balas sejak di dunia lagi. Ada yang terpaksa berdepan dengan perhitungan yang lebih berat di akhirat nanti. Yang pasti, Allah tidak pernah terlepas pandang!. Malah Allah telah menjamu kita dengan pelbagai 1001 kisah teladan untuk kita ambil pengajaran."  




Betapa hinanya kita ini jika masih mahu mempertikaikan kesulitan itu dan kesulitan ini padahal kita tahu.. tiap satunya ada ganjaran-ganjaran besar yg menanti.


Makanya untuk setiap hal yang membuat hatimu pahit, sebel atau sebagainya, lupakan, dan setiap hal yang membuat air matamu tumpah, ikhlaskan. Fokuskan sahaja pada kebaikan yang mampu kita lakukan dan tidak perlulah melayankan perasaan.  Ambil saja  sedetik sengsara itu untuk mengaut pahala sabar sebanyak-banyaknya.  Siapa tahu.. barangkali itulah tiket ke syurga!


p/s :   Kalau hubby kita ke mesjid, kita isteri pun dapat pahala sama puan2. So, nikmat apa lagi ingin kita dustakan?.   So... don't worry... be happy!.   Marilah ceria di bulan puasa.



Thursday, December 22, 2016

Kecelakaan Besar Bagi Tiap Pencaci

Seram kan tajuk?.  Tapi itu adalah hasil tafsiran Surah khas untuk pengumpat..
Credit to Prof Muhaya
Untuk renungan bersama..







Moga Allah memimpin kita semua ke jalan yang lurus dan diredhoi..



Credit to : Abby Abadi







MOOD BERPETUALANG minggu ni..
Orang kalau rajin baca novel... terperap pun takpe... yg jenis baca selai pastu tutup sambung bulan depan macam aku ni.. kena banyakkan berjalan..
Baru luas sikit pengalaman..
Maka berpetualanglah aku mengikut rentak kaki..











Friday, December 4, 2015

Ngeri Bila Dikenang

Bukan caraku untuk sesuka plagiat penulisan orang lain... tapi tulisan Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah ni benar2 menarik perhatian dan menginsafkan.   Maka biarlah kutitipkan di sini untuk renungan.



"Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, PERKUBURAN.
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin ramai yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.
Barang barangmu akan dikemas, kitab, kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju, barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung!. Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu.  Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!.

Kesedihan atas mu ada 3:-

Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

Kawan-kawanmu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!
Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan.
Demikianlah “kisahmu telah berakhir di tengah-tengah manusia”. Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!.
Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu?.   Hakikat ini memerlukan renungan.
Usahakan dengan sungguh-sungguh. Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, semoga engkau selamat.
Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini inshaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. “Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin”.

p/s   :    Jika seorang wanita meninggal dunia sedangkan suami redha kepadanya, maka Syurga buatnya.   (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim).  

Friday, November 27, 2015

Masih Ada Yang Sayang....

Assalamualaikum gurlzz!!.


Hidup ini tempat ujian semata2.  Untuk yg kuat akan mendapat ganjaran hasil dari rasa redha.   Bagi yg tidak redha maka sia-sialah sahaja segala ujian yg diberi.... kerana setiap ujian pasti berkehendakkan kesabaran, tiap kesabaran pasti ada ganjaran yg hebat.



tu ler.. ai cakap u tak caya..  ai kat sini "menoreh" tau..





Jangan pernah sekali-kali mempersoalkan apa yg telah Allah tetapkan untuk kita.   Boleh jadi sesuatu yg kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yg memberi keuntungan di kemudian hari.   Semuanya ada hikmah.




We can't change the past  to rewrite a better beginning......  but we can work for the future and strive for a better ending.   Endingnya bukan setakat kat dunia je.....  kat akhirat tu la ending kita.   Setakat sorang dua yang membenci... jangan jadikan alasan untuk berduka.    Dunia ini luas.. penduduknya berjuta.   Masih ramai yg ikhlas memerlukan kita.   Kita pun bukan perfect sangat untuk disanjung2.


pix tiada kena mengena dgn entry..
sekadar nak ucap thank u pada 
Tourism Malaysia bg t.shirt percuma ni..  (terjumpa dorang kat international food exhibition)


dan tq kpd teman dari Indonesia
yg bg ole2 Mekah
(pix tiada kena mengena dgn entry)



Selalu bersangka baik pada Allah.  Allah sayangkan kita.   Dia nak kita "pergi" dalam keadaan bersih..  bebas dosa.  Maka diturunkan ujian2 itu untuk menjadikan kita sabar dan beroleh ganjaran.

tiada istilah "mulut jahat, hati baik"..
Perah limau.. Tak akan keluar jus epal..


Kuatkan keyakinan bahawa pada hari kiamat kelak akan berlaku hukum balasan yg setimpal ataupun qishash. Pada hari itu berdirilah semua hamba-Nya di depan mahkamah Allah yg adil Dan tertulis di pintunya bahawa..

"Pada hari ini tiap2 jiwa akan diberikan balasan setimpal dgn apa yg pernah dilakukan.  Tidak ada yg akan dirugikan bagi org2 yg bersabar.  Sesungguhnya Allah sgt cepat hisabnya."

Sekian.  Selamat Bersabar Duhai Hati.










Friday, May 22, 2015

Nothing Is Impossible!!!

Assalamualaikum guys!!!!.

Hope you're happy today!!.    If you are not happy... speak this 5 lines to yourself..

1).  Nothing is impossible
2).  I can do it
3).  I am an achiever.
4).  Today is my day.
5).  Allah is always guiding me.


Allah Maha Mendengar.    Apatah lagi kalau kita rajin beristigfar.    Ada pelbagai kisah dlm masyarakat di serata pelusuk dunia yg ai nak kongsikan di pagi Jumaat ni ye puan2.. berkaitan dgn kelebihan istigfar.


Kisah wanita yg kehilangan suami secara mengejut,  surirumah.. takde sumber pendapatan, menangis siang malam, anak2 pulak masih kecik.  Sian kannn??.   Suatu hari dia teringat akan fadhilat istigfar ~ penyelesai masalah,  maka sejak dari itu beliau pun beristigfar la pagi petang siang malam... asal teringat je dia istigfar....   ASTAGFIRLLAH... ASTAGFIRLLAH...   


kesian kan si balu itu, ai ni kurang2 dapat gak makan lempeng pagi ni..
sedap plak tu...

                                                         


Dgn izin-Nya  dan berkat keyakinan si balu tersebut yg  sering melazimi beristigfar, suatu hari tetiba nun di hujung kampung di mana letaknya tanah peninggalan yg sekangkang kera peninggalan somi tercinta... sob sob sob...(agaknya nak diusahakan pun takde kudrat kot) telah terpilih utk satu projek juta2 oleh usahawan tanah.  Maka sejak itu, terkeluar la wanita itu dari kepompong kesempitan hidupnya.. membesarkan anak dan anak2nya semua pun berjaya.   Alhamdulillah... begitulah kisahnya.


Ada banyak kisah lagi sebenarnya berkaitan keajaiban beristigfar ni... tapi macam dah terpanjang sgt plak entry ai... maka izinkan ku mengundur diri utk  seketika sebelum entry ni jadi novel plak.   Jom rajin2     beristigfar... sampai jadi manusia yg palinggggggg banyak jumlah istigfar  utk Syurga Book Of Record!!.


Always remember, if your problem is as BIG as a ship.... don't forget that
your blessing are as WIDE as the ocean!!.

Friday, May 23, 2014

Entry "mengumpat" Rakan Mayaku (tazkirah jumaat)

Assalamualaikum w.b.t and morning!!
Tazkirah jumaat telah kembali..
"Ustazah Mirror" nak cerita pasal REDHA hari ni..
baca tau!.



Di malam nan sepi begini
Tetiba terkenang kisah sahabat mayaku yg pernah 
kehilangan orang tua tersayang sejak keciiiik lagi..
hidupnya sgt berdikari sbg anak piatu..



MAKA atas keredhaan itu puan-puan... 
kulihat (malah beliau sendiri yg declare)
hidupnya kini bahagia..
Allah ganti dengan suami yg dah la hensem 
penyayang plak tu..  anak2 yg cumil2..
ibu mertua yg very caring!!!.  Tinggal sebumbung ngan MIL
beliau ni... ko tau??.   Tapi nampak very de bahagia you all!!.  
Ko ado??. (Eh aku ado.. cuma tak sebumbung jelah... kekeke).
kisah redho2 ni.. mmg beliau yg mengakui..
bukan aku yg saja2 create story..
atas redho kehilangan ibu sendiri... Allah ganti ibu mertua 
yg penyayang, kasih tak bertepi... beliau kata..



Begitulah puan2...
konsepnya di sini ialah REDHA or REDHO..
Bila kita redho...  Allah akan ganti dgn yg best2..



kalau tak mlm2 mcm ni membersihkan telinga anak.... mmg takde can la..
nt dia ckp... "geli la Maa.."  pastu mengelekek2 ketawa.. so kena tunggu
diorang tido mcm ni.. baru OK sikit Mama "bukak spa".. 
Oh ya, losyen tu bukan utk masukkn dlm telinga.. tp sental daki2 kat
pelipat2....  supaya anak Mama jd makin hensem dan jelita..


Redho la ya puan2 atas segala apa yg telah ditakdirkan atas 
kita.... tak kira la apa jua pun takdir hidup..
Terbaca tadi kisah Makcik penjual kuih yg cuma untung RM5 
sehari tapi wajahnya penuh redho bak ahlil syurga!... benar2 menginsafkan..
kita ni kdg... bila jual baju on line.. untung RM7 - RM8 pun.. 
kita berkeluh kesah.. padahal bukan pun sampai kena berpagi2
mcm Makcik tu menguli tepung...  heeee insaf aku!.





"KALAU KITA REDHO dan BERSYUKUR.... ALLAH AKAN TAMBAH DAN GANTI tau abang!.  I pun nak jadi insan yg selalu redho la Abang...".   Berkobar la aku ckp dgn IRP aritu sbg azam baruku....  pastu dia jwb apa tau... 

"Ya la.... I pun selalu redho tau kawin ngan you... mudah2an Allah "tambah..bini.".  sambil2 tersengih....  Heeeeee sabo je ler... somi I!!.



p/s :   harap2 teman FB aku ni... jgn ler maree pulak Kak Mirror dah MEMblogkan kisahnya kat sini...  haha. Jgn maree dik ye... nt muka you yg cun tu jd cepat krepot plak kalau marah2.


















Friday, May 2, 2014

Tak Pandai Tapi Berjaya Dan Hidupnya Berkat?. Kenapa ye?

Pada hari Jumaat ada satu saat di mana apabila kita berdoa...  doa kita makbul,   jadi mengambil kesempatan ini  Mama ingin mendoakan moga permata hati Mama si  Ain dipermudahkan segalanya dan mendapat kejayaan paling cemerlang dan dpt result THE BEST IN THE WORLD dlm semua subjek yg dipelajarinya. Dah sukses nt bawak Mama ngan Abah jenjalan keliling dunia tau.... Mama nak gi PARIS!!.   Haha... Aamiin ya rabbal alamin...  (begitu juga anak2 Mama yg lain...tapi kali ni special sikit untuk Ain sbb dia yg request semalam).  





Nak keberkatan hidup.... mmg kena buat baik pada ibu bapa Dik Non.  Pandai2 la bodek emak  ye bila dah dekat exam.  Kalau ibu masih ada... satu bonus untuk kita sbb beliau boleh mendoakan kita dan doa mereka makbul.   Terdetik rasa geram je di hati ibu akibat sikap2 kita, Allah tarik nikmat untuk kita sikit2.     Baik2 pandai, dpt result sebaliknya, baik2 kaya... termuflis.... nauzubillahiminzalik.   




"Sebab tu kan... ada kan kita nampak, seseorg tu nampak hidup sempurna je,  dipermudahkan jodoh, keja pun ok  (padahal bukan ler pandai sgt pun). Org ingat, dia guna mandrem ke cepat nau naik pangkat.  Rupa2nya berkat doa ibu, taat pada ibu.   Sebaliknya pula, ada yg baik2 hebat, tetiba hidupnya merundum... kaji punya kaji.. rupa2nya selalu melawan cakap ibu".




Itu kisah lain... ni pulak kisah yg lain..... tapi bersangkut paut dgn kisah seorang anak dan ibu.   Semalam dpt link tu dari member FB, cepat2 aku tepon Mak aku sbb insaf... hahahaha.     Baca kat belog ni ye... Aku Anak Derhaka.     Thank Arief berkongsi cerita.... insaf Ahkak.






Friday, April 25, 2014

Tazkirah Jumaat : Kematian Yang Dicemburui

Tak kisah la... orang nak kata pix tu edit ke, pantulan tu dari papan ke...  aku tetap terinsaf dan termotivasi membaca  kisah kubur bercahaya milik seorang ibu tunggal yg semasa hanyatnya rajin berzikir ini.    


Tiap amalan manusia pasti Allah berikan ganjaran.  Tiap kesabaran insan pasti balasan menanti.   Kalau bukan balasan kat dunia... balasan di "sana" pasti menanti.  Itu je pointnya.    Salam jumaat semua!!.   Meh kita banyakkan berselawat ke atas Nabi S.A.W hari ni.   




Cerita lanjut klik sini





                       

Friday, April 11, 2014

Isteri Derhaka

credit to : sihatkaya.com


p/s   Gaduh-gaduh kalau kalah pun tak pe... ye Dik Non..
       Orang yg SABAR selalu menang...    menang di "sana".

Friday, March 21, 2014

Jaga Anak Lelaki Seorang Lebih Dasyat Dari Jaga Tirek Sekandang?

Exited membaca kisah2 kejayaan SPM anak teman2 dan sedara mara hari ni. Tahniah ye semua.. especially utk ibu masing2.   Tanpa ibu, siapalah anda.   Doa ibu mmg tiada hijab.  



Terlanjur bercerita kisah ibu dan anak, nak kongsi jugak pengalaman kawan yg "sengsara" ada anak yg tak nak mendengar kata ibu... (nak sebut derhaka tak tergamak la pulak kann...).    



gambar hiasan semata



Kesian pulak mendengar keluhan beliau...  kami yg dgr ni pun sama2 sedih ler, ye ler sbb dia kan kwn kitorang dan kita pun sama2 ada anak lelaki!.   

Dlm ati aku.... "Ya Allah gitu ke cabarannya bila ada anak bujang??.  Aikkk seram aku!.  Nauzubillahiminzalik, Shashal kau jadilah anak yg soleh bila  besar nt Nak ye, JANGAN HISAP DADAH".   (tapi kes kawan aku ni bukan ler sampai anak dia hisap dadah dia cuma jenis ponteng2 kuliah, mak ckp melawan.. gitu je).

                 
Haha.. mmg hari2 perkataan DADAH tu la yg aku sebut kat dia biar dia tau betapa bahayanya najis itu.. Aku jadi marah sgt dgn dadah ni bermula kisah remaja meninggal kat konsert itu ari... sejak tu la aku asyik  pesan je kat Shashal... "Besar nt...jgn MAKAN DADAH" (aku sebut "makan" sbb aku rasa itu je yg lebih difahami oleh sorang kanak2 usia 9thn). Dia angguk2 tanda faham sbb kat sekolah pun ada kempen anti dadah.  Aku percaya sbb ada pamplet yg dia bwk balik tu ari.  Alhamdulillah. 




Ok, berbalik pada cara2 menangani anak2 yg liar dan bermasalah,  aku kongsikan kat sini pendapat sorang ahkak ni..   Thanks sahabatku, jawapan anda sungguh bernas, sbb tu ler Sam kongsikan kat sini.. mudah2an jadi pedoman berharga buat sahabat kita itu dan juga  kpd  readers2 yg lain.

"Dulu... kwn akak pun ada anak yg mcm tu, berjudi, mencuri... bla bla bla...ponteng sekolah, bla3,  tak dgr kata... bla bla bla, mmg dah teruk la org kata".  


"Tapi satu hari tu akak dtg lagi jumpa dia sekali lagi, tengok budak tu dah jadi baik... Akak pun terperanjat la.."

"Dia ni org susah, tak mampu nak mintak2 air ke apa.. so, satu ari tu jumpa Ustaz.. Ustaz tu ajar seikhlas hati dan penuh keyakinan pd Allah, bacakan AlFatihah... tiup ke arah dia setiap kali berdepan dgn dia".

"Niatkan dlm ati seikhlasnya agar dilembutkan hati, biar dia ingat Allah dan simpati pada ibunya.  Kakak tu buat tanpa putus asa sampaiiiiiii...... anak dia pun terperasan..  "Mak ada manderem kita ke?"  Tanyanya.

"Eh tak lah".  kata kakak tu.   Of coz ler mmg tak.. sbb bacakan Alfatihah je kan..


Kakak tu pun buat dan buat, sammmmpai jenuh... dan akhirnya budak yg mulanya mcm nak jadi derhaka tu jadi anak yg paling soleh dan mendengar kata.  


So, puan2.. baca dgn yakin!.  Itu kunci utamanya.  Selamat mencuba.



Ok lah nak tido... esok pagi nak buat nasi goreng udang kering..


Resepi dari Kak Ogy..

"bawang merah, bawang putih, (udang kering direndam), cili kering, belacan, semua bahan2 ni ditumis. Masukkan perisa, garam, kicap masin tumis lg sampai naik bau masukkAn udang basah, sotong. Dah masak masukkan nasi gaul serata dan masukkan sayur. Terpulang nk sayur apa dan tabur dgn daun bawang. Da siap makan la.. selamat mencuba."   Thanks Kak Ogy Ahmad Daud!.






Friday, January 31, 2014

6 Easy Ways To Earn Reward Even After Death

Hidup kita ni tak tau panjang atau pendek, selagi kita bernyawa, selagi itulah kita patut cipta sebanyak mungkin kenangan indah... dan alangkah indah lagi jika kenangan itu terus terpatri menjadi satu pahala yg berkekalan hingga kita tiada..






Friday, March 22, 2013

Beratnya dosa sesama manusia....

Assalamualaikum w.b.t

Ustaz, saya telah berbuat dosa yang sangat besar terhadap seseorang. Saya tidak mempunyai keberanian untuk meminta maaf kepada orang tersebut, kerana saya tidak sanggup menghadapi akibatnya (yang menimbulkan efek hukum).  Apakah dosa saya dapat dimaafkan oleh Allah tanpa saya meminta maaf terlebih dahulu terhadap orang tersebut?


Mr.  X..






Jawapan Ustaz...


Sukar untuk mengatakan bahawa Allah akan memaafkan dosa anda sebelum anda meminta maaf kepada orang itu, karena hal itu terkait dengan hak sesama manusia. Sebab, salah satu syarat untuk diterimanya taubat dan memperoleh ampunan Allah adalah memperoleh kehalalan dan kerelaan orang yang bersangkutan jika dosa itu menyangkut hak sesama manusia.

Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw. bersabda, 

“Barang siapa telah melakukan kezaliman kepada saudaranya, baik menyangkut harga diri/kehormatan atau harta, maka pada hari ini hendaklah ia meminta dibebaskan (dihalalkan) sebelum datang hari di mana tidak berguna lagi dinar dan dirham. Apabila (orang yang berbuat zalim itu) mempunyai amal kebaikan/kesalihan, maka kesalihannya akan diambil untuk saudaranya sebesar kezalimannya kepadanya. Dan apabila ia tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa amal buruk saudaranya itu akan ditimpakan kepadanya.” (HR Bukhari).


Dalam riwayat lain yang semakna, Rasulullah saw. bersabda, “Orang yang muflis dari umatku adalah orang yang pada hari Kiamat datang membawa amalan sholatnya, puasanya, dan zakatnya. Pada saat yang sama, ia juga membawa dosa mencaci si fulan, membunuh si fulan, memakan harta si fulan. Pahala kebaikan-kebaikannya lalu diambil untuk diberikan kepada si fulan, si fulan, dan si fulan. Apabila kebaikannya habis sebelum dosanya tertebus, akan diambilkan dari kesalahan orang-orang yang terzalimi itu untuk ditimpakan kepadanya lalu ia dimasukkan ke dalam neraka.” (HR Muslim).



Memang sangat berat untuk meminta maaf atau minta dibebaskan (dihalalkan) dari dosa kesalahan anda, apalagi kalau hal itu dapat menimbulkan efek hukum. Tetapi hukuman di akhirat jauh lebih berat. Kita tidak dapat  membayangkan bagaimana sukarnya kalau di akhirat nanti orang itu tidak mahu memaafkan anda. Jika terasa berat sekali untuk mengakui kesalahan-kesalahan secara detail, mintalah maaf secara umum. Lalu mohonlah ampunan kepada Allah sebanyak-banyaknya, dan PERBANYAKKANLAH PERBUATAN BAIK.



Pada perkiraan  saya, jika anda meminta maaf dengan cara yang baik, mengakui kesalahan anda, dan itu anda lakukan semata-mata kerana Allah dan takut hukuman yang lebih berat di akhirat nanti, kemungkinan besar orang itu akan memaafkan anda.



Wallahu a’lam.

Sumber : Alifmagz (FB), dialihbahasa oleh :  Kak Mirror..

Friday, February 8, 2013

Mudah dan berbaloi... (tazkirah jumaat)

Nabi Allah Idris AS adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya:



“Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: 


“Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57). 


Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.”


photo credit to : pincakebox.com



Allah berfirman: 


“Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu BANYAK BERZIKIR.


Allah berfirman yang maksudnya: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)


Demikianlah amalan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah diucapkan.


p/s :   renungan untuk diri sendiri..

Friday, October 5, 2012

Tanda-tanda keberkatan rezeki

Wahai Sam... inilah tazkirah Jumaat utk kali ini... tanda-tanda keberkatan rezeki sebagaimana sabda baginda Rasulullah S.A.W

 “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).  

Ko masak berapa pot sehari?.  Cukup tak Sam?.   Ke asyik laparrrrr je manjang?




Tanda-tandanya juga ialah....
SENTIASA BERASA CUKUP..
 " Rezeki yang berkat menjadikan seseorang itu sentiasa berasa
cukup dan tenang walaupun bukan hidup dalam kemewahan."

Ya, ketenangan itu anugerah terbesar dari Allah dalam suasana hidup di akhir zaman begini.  Mengatasi segala wang ringgit.






Ok sidang Jumaat sekalian, mari kita bincangkan bagaimana untuk menjadikan rezeki kita menjadi lebih berkat dan sentiasa cukup.   Tak kira la rezeki kita sendiri mahupun rezeki dari hubby.   Semalam  Mummy Gee ada bagi tip untuk menghilangkan minat terbeli baju mahal2... caranya kena rajin tengok kain kapan..  Good idea tu...  Terima kasih.   Mana nak carik kain kapan ye... cadar putih byk la kat rumah ni.

Ok la...Pendek je entry I kali ni, sebab semalam I buat entry panjang2 pun ada orang tu sampai baca dua kali .....sebab tak paham dia kata.. :'(










Friday, September 14, 2012

Tak perlu sedih kerana...


Yang singkat itu  WAKTU

Yang menipu itu DUNIA

Yang dekat itu KEMATIAN

Yang besar itu HAWA NAFSU

Yang berat itu AMANAH

Yang sulit itu IKHLAS

Yang mudah itu BERBUAT DOSA

Yang susah itu SABAR

Yang sering lupa itu BERSYUKUR

Yang membakar amal itu MENGUMPAT

Yang mendorong ke neraka itu LIDAH

Yang berharga itu IMAN

Yang mententeramkan hati itu TEMAN SEJATI

Yang ditunggu Allah itu TAUBAT

(Imam Al-Ghazali)



p/s :   Ya, yang mententeramkan hati itu "teman sejati".....  bersyukur pada-Mu Ya Allah dikurniakan sahabat-sahabat sejati.

OLDER POST :        KISAH BENAR -  di celah-celah kehidupan

Friday, May 18, 2012

Suami baran punca isteri curang...

Baran ni adakala berpunca dari syaitan.   Bila marah-marah ia akan mengeluarkan energy negatif seumpama “kepulan asap.”    “Asap” tu lah yang menjadi makanan jin.   Jadi fikir-fikirkan lah sebelum membuat jin tersebut bertambah “gemuk”.



Memang tepat  jangkaan I dlm entry PUNCA-PUNCA KECURANGAN ISTERI. yg lepas,  suami panas baran adalah antara salah satu puncanya bilamana seorang isteri membuat pengakuan telah curang  dengan seorang "suami orang" berakibat tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya.  Luahan beraninya  itu (walau tanpa nama sebenar)  mendapat cemuhan oleh masyarakat forum itu sendiri walaupun niat beliau  meluahkan adalah  untuk mencari jalan keluar dari kemelut itu. 

Kita tak nak menyalahkan pengkomen2 (yg mungkin terdiri dari para isteri) yg mencemuh di forum itu, sbb itu mungkin "tindakan refleks" yg tidak dpt dikawal dari minda mereka berakibat dari rasa "geli geleman" dgn pengakuan seumpama itu...(kita pun sedia maklum apakah hukumnya seorang isteri yg berlaku curang terhadap suaminya)  cuma adalah lebih baik kita sebagai orang yg lebih senior di kalangan adik2 cumil yg belum berumahtangga yg mungkin terbaca, kita nasihatkan je la sebelum nasi menjadi bubur....sediakan payung sebelum hujan Dik, nak pilih suami elakkan la yg baran2 ni semua ye.... (say NO to "baran"Man :D).  Tapi kalau dah TERpilih, pepandai la korang menanganinya :D.... belilah tisu banyak2 buat stok kat rumah. LOL..

Kekasaran dlm perkahwinan bukanlah apa yg diajar dlm sunnah Rasullullah S.A.W. Baginda sendiri adalah seorang yg sangat lemah lembut dan selalu bergurau senda dgn isteri2nya.

Tapi, jika sebaliknya yg anda dapat dlm jodoh anda, terimalah segala ketentuan-Nya dgn jalan sabar.  Mungkin ini adalah sbg penebus dosa2 silam yg pernah dilakukan.  Allah sedang mahu menyediakan syurga untukmu, lalu diujimu dengan hati yang remuk, air mata yang tak kering, dan rindu yang tak bertepi, jika kau redha, kau dapat syurga itu, jika kau engkar..kau kehilangannya.... so pilihan di  tanganmu sekarang.  Nak redha ke nak ingkar?.    Dlm masa yg sama, apa kata cuba kaji semula mengapa dia menjadi begitu?.  Mungkinkah masalah kewangan?. Pernah didera masa kecil?.   Cuba bertindak memahami hatinya.

Dalam psikologi, orang yang sering melukakan orang lain sebenarnya sedang membawa luka yang belum sembuh dalam dirinya sendiri.




Berdoalah semoga Allah melembutkan hatinya, banyakkan membaca surah Taha (especially ayat 1 - 5).  Sedekahkan beliau al-fatihah tanpa rasa jemu. Semasa memasak makanan dan minuman utk suami, hendaklah sentiasa membaca  surah Al-kautsar supaya tetapkan hatinya pada  you  dan tak pindah pada yg lain.

Setiap kali  suami keluar rumah, cium tangan suami dan mohon maaf atas salah silap dan iringi kepergiannya dgn surah Al-fatihah dan ayat kursi secara bergantian sampai hilang dari  pndangan mata. Sambil berdoa moga Allah permudahkan urusannya, dan sentiasa rindukan you dan anak2 di rumah.


Ingatlah.... ALLAH will make a way, when there seem to be no way...ok.. till then.  Wassalam.




Friday, May 11, 2012

Jarang orang tak happy di hari minggu... kecuali...




Assalamualaikum sidang penonton sekalian... haiiiiiii!!!!
Jumaat kembali lagi.  Bagaimanakah perasaan anda pada hari ini?.  Gembira pastinya kan?.  Amat jarang orang tak gembira di hari Jumaat yg mulia... ya la kannn.... esoknya kan pula cuti, mengapa harus bermuram durja?.  Jika bermuram durja jugak, nak kena siasat ni.. apakah punca2 kerosakan pada kelenjar2 kegembiraan anda hingga ianya tidak berfungsi... lol...


Adakah anda termasuk di dlm golongan yg menghadapi masalah spt di bawah :-

1).  Orang2 yg baru kawin, yg suspen kena balik rumah mentua di hujung minggu... :D.  Mak mentua pulak jenis cerewet.. wahahaha...rasakan kau!

2).  Gadis2 yg TERskandal ngan somi orang - sbb cik abangnya akan habiskan masa bersama keluarga, handset pun dimatikan tiap kali hujung minggu..

3).  Mereka  yg kena keja di hari minggu.

4).  Assignment/homework tengah banyak... sampai malam minggu pun blom tentu boleh settle. 

5).  Cik abang outstation di hujung minggu...(dan syaitan2 membisik2 yg buruk2 tentang itu).  --> jahat betul syaitan yg bernama DASIM itu!  Nyahkan dia dari hidupmu dgn memberi salam tiap kali masuk rumah.


Masalah2 keduniaan je semua tu kan....  Tapi memang, sbg hamba yg kerdil  kita ni  adakala mudah bersedih pd perkara2 yg bukan2, muka keluar sebijik jerawat pun dijadikan masalah hingga terfikir2 2 hari 2 mlm tak habis2.  

Jika dilihat, dan ingin Kak Mirror kongsikan di sini....  most of my friend mengamalkan solat malam (tahajud) untuk mengembalikan keriangannya (especially masalah2 rumahtangga).  Alhamdulillah nampaknya Allah mengembalikan kebahagiaan itu buat mereka semula.  Subhanallah.. amat indah janji Allah.

Justeru, Kak Mirror copy pastekan di sini apa yg telah ditulis oleh Ustazah Bahyah tentang Fadilat2 Solat Tahajud utk inspirasi kita bersama ...



 
LIMA KEISTIMEWAAN DI DUNIA:


1.Jauh daripada segala penyakit.
2.Lahir kesan taqwa pada wajahnya (ada nur di wajah).
3.Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia.
4.Percakapannya mengandungi hikmah.
5.Dikurniakan kekuatan, diberi rezeki dlm agama (halal lagi berkat).





EMPAT KEISTIMEWAAN DI AKHIRAT.


1.Dibangkitkan dari kubur dgn wajah berseri-serii.
2.Dipermudahkan hisab.
3.Cepat melalui titian sirat spt kilat.
4.Mendapat buku amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.





SAYA RASA DISAYANGI....


Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk mengundi..
Undian hingga 13 Mei 2012

Klik pada button di atas, tekan VOTE
login melalui FB/Twitter
kembali ke link itu semula 
Tekan vote sekali lagi..
akan keluar satu "pop out" yg tertulis "are u sure u want to vote for
this entry?"... tekan VOTE lagi.. 
Butang Kuning Vote tadi akan bertukar menjadi KELABU (VOTED)


Thanks kpd yg telah mengundi blog ini ;).... saya rasa disayangi...:)

Friday, March 2, 2012

Yang Cantik Selalunya Menang!

Tajuk apakah ini?  Sungguh kejam sekali?
Sekadar ingin merakamkan dialog2 "mesyuarat tingkap" yg I dengar di kedai kopi  tadi ... 


.
.
.
.
.
.




"Perempuan cantik kawin lelaki hensem = keluar anak insyaallah cantik"

"Perempuan tak cantik kawin lelaki hensem = keluar anak insyaallah cantik"

"Perempuan cantik kawin lelaki tak hensem = keluar anak insyaallah cantik"

Jadi kesimpulannya...  genetik cantik SELALUNYA akan mengatasi (akan menang) dari yg kurang cantik.  Begitu kata mereka.   I pun tak pasti nak setuju ataupun tidak... 



Utk tazkirah jumaat pula, sukalah kiranya I meng'copypaste' ayat Ustazah Fatimah my SIL  ini untuk renungan kita bersama..

 "sudahkah anda berselawat pd hari ini? barangsiapa yang berselawat pada hari jumaat,akan diampunkan dosa 70 tahun. :)"