Friday, September 14, 2012

KETIDAKADILAN.....

Keadilan?.   Mengapa mahu dipersoalkan... sudah lumrah dalam  dunia ni takde manusia yg sempurna.   

Ketidakadilan seringkali mencetuskan huru hara tak kira dalam institusi pekerjaaan mahupun institusi kekeluargaan contohnya :-

1) Katalah...Sorang staff tetiba  muka masam, keja makin ari makin malas. Kenapa?  gara2 BOSS tak adil.
2) Kisah II - Anak-anak bergaduh sesama sendiri, ipar duai tak bertegur sapa..  Kenapa?.  gara2 PARENTS tak adil.
3) Beberapa orang anak murid tetiba hilang minat belajar..gara2??.  GURUnya tak adil. Ada ke?.  Ada la dulu2 zmn2 sekolah.. tp malas la nak detailkan sebab takde kena mengena pun ngan aku.

Handbag cantik2-  sila KLIK SINI


Tapi  harus diingat.. Allah itu MAHA ADIL.. mari kita baca situasi KISAH BENAR ini :-

Kiah bukan nama sebenar rasa tidak diadili dengan sempurna oleh suaminya.  Suaminya tu harapkan hensem je tapi tak pandai mengambil hatinya.   Apa kaitan dengan kisah keadilan kat sini... jap2 aku imbas balik cerita kiah.  

Ha!!!  Gini... Masa baru2 kawin, Kiah tinggal bertiga di sebuah rumah iaitu dia, suami dan seorang makcik suami (tak pasti entah kenapa makcik dia menumpang serumah plak, lupa nak tanya.......org miskin kot)  .  Makcik  ni agak phsyo orangnya... biasala org2 tua .... jadi Kiah agak tensen, tapi si suami tak faham. Banyak la sudah Kiah menjeruk rasa menahan kesabaran.  Memang tertekan la dia sebab kalau mengadu dgn suami, pasti  suami tetap akan  membela makciknya, pastu melenting marah, kata dia selfish.  Memang kesian nasib si Kiah... entah la, dah mcm novel plak cerita dia ni..  (Tapi kan.... kalau suami dia ni pandai ambik hati dan berphycology dgn bini tentu tak jadi macam tu).

Berpuluh tahun berlalu...  atas desakan kewangan demi menyara anaknya yg melanjutkan pelajaran, Kiah terpaksa merantau.... jadilah dia seorang cleaner di sebuah negara, terpaksa la dia meninggalkan suami tercinta.  Tak lama lepas dia tinggalkan tu.... tetiba suaminya jatuh sakit.  Sedih la Kiah tapi nak balik tak  boleh la sebab kontrak blom tamat lg.    Maka suaminya pun  menumpang la  di rumah makciknya itu...  Nak tau apa jadi?.   Makciknya yg dulu dibela2nya hingga pernah meluluhkan hati Kiah,  kini  melayan suaminya   macam dog kurap je.   Diherdik ditengking setiap hari..

Satu hari Kiah menangis2..   Aku tanya kenapa?.  Dia kata... makcik tu dah halau suaminya dari rumah (sama mcm suaminya pernah cuba menghalau dia satu ketika dulu)....    Aku yg dengar ni... berbisik2 dlm ati... Apa yg aku bisik?. Sama kot dgn apa yg korang tgh bisik skrg... tapi wallahualam kan...

Apa kaitan dengan tajuk di atas? ---->  Allah itu Maha Adil dalam memberi balasan....  Sama ada cepat atau lambat je.

p/s :    Teringat juga kisah Selma bukan nama sebenar yg rasa tidak diadili oleh ibu mertuanya... almaklum la org kg je, mana taraf ngan biras2nya orang kota lg berada  kannnn... apa yg dia buat semuanya tak kena di mata org tua tu,  (itu Selma yg kata la kan... bukan aku), tetiba satu ari ketika MILnya dah hampir2 nak meninggal, berbulan.... Selma juga yg dicari.   Wallahualam. --> pengajaran berharga.  Sib baik la anak lelaki aku sorang je. :D

6 comments:

  1. Yang pasti kes tersebut pasti balasan diterima samaada cepat atau lambat

    ayu tak ada anak lelaki.. selamat.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Ya Ayu, mungkin kifarah bagi meringankan bebanana dosa2 yg pernah dibuat terhadap isterinya selama ni. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. byk pengajaran nih tp selit jgk lawak yer kak mirror hehe :D

    ReplyDelete
  4. Setiap perbuatan ada balasannya samada buat jahat atau buat baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Kdg balasan tu bukan menimpa diri sendiri tapi tertimpa pula pd anak2.. kesian.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.