Sunday, March 14, 2010

SEBAB-SEBAB ISTERI CURANG

Sebab-sebab isteri curang?

Astagfirllahalazimmm....... kenapa dan mengapa?? Itu je la persoalan yang bermain di benakku saat mendengar gossip-gossip" si dia" itu (seorang isteri) keluar dating bukan saja dgn si A, si B malah si C, D, E, F... adoiii ramainya pakwe dia ni. Betul ke ni ataupun dia terfitnah? Nak pengsan jap aku mendengarnyaa...... Jap jap nak pengsan.


click banner for further detail


Nak kusalahkan dia... memang aku salahkan!!!!!

Tapi .....nak benar2 salahkan pun tak boleh jugak kan.... sbb aku yg sudah lali menjadi pendengar setia permasalahan rumahtangga dia ni memahami apa yg sebenarnya menjerumuskannya ke kancah kecurangan.... jadi pesanan aku cuma satu je... kembali la ke pangkal jalan ..... jalan taubat masih terbuka.. Janganlah tak bahagia (dgn suami) di dunia... di akhirat pun tak bahagia (sbb curang). Aduhhh takut aku!!! Nauzubilahiminzalik..

Untuk diriku juga, andai ada perbuatanku yg terlampau dr norma-norma kehidupan seorang yang sudah bergelar bini orang, (nauzubilahiminzalik)......mohon teguran dari sahabat2 semua... 

Dari kacamataku... inilah pada pendapat aku punca-punca kecurangan isteri... renung2kan la wahai suami2 di luar sana dan muhasabah la diri ye..

1) Suami panas baran, ego, mementingkan diri sendiri.

ya la... mula-mula tu isteri boleh la tahan... lepas dah lama2 pun mcm tu jugak... si bini  rasa hidup dah mcm dlm neraka..mcm pulak dia orang gaji..buat ni salah... buat tu salah... tetiba ada pulak yang caring dgn dia... mula la cair.


2) Suami terlampau memberi muka, tidak pandai menegur.

sepatutnya dari awal perkahwinan lagi suami sbg ketua keluarga kena menunjukajar isteri... kalau isteri berkelakuan bebas kena la tegur dgn cara berkhemah... diri sendiri kena tunjukkan contoh yg baik.. Kalau dia tak nak balik ke rumah orang tua anda... nasihat... jangan ikut sgt telunjuk bini, lama2 anda pula jadi si Tenggang derhaka.. bila dah mcm tu... dia pulak yg tinggalkan anda... baru terkapai2 insaf...


3) Suami terlalu sibuk... tidak pandai membahagikan masa di antara kerjaya & rumahtangga

ini sebab-sebab yang dah biasa menjadi punca kecurangan bini... suami sibuk tak tentu pasal... kalau untuk kawan-kawan boleh je pulak dia ada masa merayau-rayau, untuk bawak isteri jalan-jalan... Ya Allah hai.... terpaksa pulak buat appointment.. tu pun kdg tak tunaikan.

scroll down... ada lagi...


click banner for further detail



4) Suami/isteri tidak solat - rumahtangga jadi panas.

Need I say more? U oll pun dah besar kan.. 

5) Dia Memang Dot Dot Dot......

seorang bapa juga boleh bersalah pada anak-anaknya jika tersalah memilih ibu kepada bakal anak-anak mereka... cuba anda renung2kan... entah ler... susah pulak aku nak elaborate benda2 gini... minta dijauhkan, korang faham2 je la maksud "dot dot" ni kan, bayangkan je la bagaimana cerita "perempuan, isteri dan dot-dot" lakonan Sofea Jane tu.

6) Persekitaran

Isteri tersilap memilih kawan.... dapat kawan penjual minyak wangi, jadi la "wangi"... jika sebaliknya.. maka sebaliknya la berlaku jika iman di dada tak sekuat mana


7) Isteri Membalas Dendam

rumahtangga dah meruncing sbb lelaki ada pompuan lain... suami dinasihat pun tak nak dengar.. masih jugak nak berfoya-foya ikut suka dia, so isteri pun dah geram dan terkurang iman... maka nak membalas dendam... selisisih malaikat 44... jd la kecurangan itu.


8) Isteri terlampau cantik

isteri tergoda dgn lelaki yg lebih kaya & berpangkat.. kebetulan pulak isteri anda cantik jelita..
anda pulak... biasa-biasa je, nak makan pun kais pagi makan pagi...



Semoga jadi pengajaran khasnya pada lelaki-lelaki yg sering terlepas pandang.... dia ingat dah sempurna sgt la tu..... cuba la muhasabah diri sebelum terus-terusan menyalahkan bini...




2 comments:

  1. sekadar nak tambah je.....

    sbb suami tak beli minyak power31 bio asli....

    ngeh3.....

    ReplyDelete
  2. BB ~ agreed... sib baik le ko baik ati nk tolong tuliskan.. aku nk sebut benda2 ni tak tersebut (tertulis) tadi.. phm2 je la kan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas segala komen yg ditinggalkan...inshaallah Puan Mirror akan membalas kunjungan anda bila berkelapangan.