Sunday, January 14, 2024

Tips Meraih Ketenangan Hidup di Era Digital: Mengelola Media Sosial dengan Bijak

Terlalu sering kita tergoda dengan gambaran kebahagiaan di social media, tanpa menyedari bahawa itu mungkin hanya sebahagian kecil daripada diary kehidupan seseorang.


Maka adalah penting bagi kita untuk merenung tentang erti bersyukur dan cara menguruskan perasaan iri hati atau cemburu.


Perlu diingatkan bahawa setiap individu mempunyai sisi hidup yang tidak terlihat di platform ini.


Kita perlu belajar menghargai pencapaian dan kebahagiaan diri sendiri tanpa membandingkannya dengan piawaian yang tidak realistik.







Tidak kira kayangan atau marhein, miskin atau kaya setiap orang menghadapi cabaran dan kesukaran masing-masing dalam hidup kerana hidup adalah tempat ujian. Ia tidak memandang status sosio ekonomi. Terlalu sering kita terpedaya dengan imej bahagia di sosial media, tanpa menyedari bahawa di sebalik senyuman itu mungkin tersimpan kisah sedih dan duka yang tidak terungkap.


Janganlah terlalu terpedaya dengan citra sempurna yang dipaparkan di dunia maya. Sama seperti kita, orang lain juga melalui detik-detik sukar dan air mata yang mungkin tidak terungkap dalam satu gambar atau status. Setiap individu mempunyai perjalanan hidup yang unik.


Bersyukurlah terhadap diri sendiri kerana ia adalah kunci kebahagiaan sejati, manakala menghargai perjalanan orang lain tanpa cemburu akan membawa kedamaian dalam hidup kita.


Jadi, mari kita lebih berhati-hati dalam menilai kehidupan orang lain berdasarkan apa yang dilihat di sosial media hingga berasa kufur nikmat. Kita semua hanyalah manusia biasa yang melalui detik-detik suka dan duka. Hidup ini bukan sahaja tentang mengukur kejayaan, tetapi juga tentang keberanian dan daya ketahanan kita di dalam menghadapi semua ujian kehidupan.


10 comments:

  1. aah, betul kak.. ape yg dipaparkan di media sosial tidak boleh dijadikan kayu pengukur kebahagiaan.. masing2 ada detik duka suka sendiri yang tidak semua boleh dipaparkan di media sosial..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Lahir 15 Jan. Semoga sentiasa dlm rahmat Allah

    ReplyDelete
  3. betul setuju! jgn menilai orang kan miss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana - ha'ah.. tiada manusia yg lari dari pancaroba, rugi kalau kita percaya bulat2 apa yg sekadar dilihat sepintas lalu.

      Delete
  4. Itulah sentiasa kena ingatkan untuk syukur apa ada. Jangan nilai orang lain. Tq.

    ReplyDelete
  5. Itulah kenapa jangan diambil hati sangat semua yg ada di media sosial. Apapun itu harus cek dan ricek. Saya tak mau percaya sangat dengan apa yg terlihat di medsos. Terkadang semuanya hanya konten belaka.

    Yg penting, apa yg kita lakukan saja. Kisah orang lain, tak perlu dipikirkan sangat, kecuali memang teman dekat atau saudara kan.

    ReplyDelete
  6. SA macam dh bosan main media sosial..macam dh x aktif..lebih kepada blog dan membeli belah di tik tok..hahahaha

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.